Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal
berita bebas itu.
Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam,
yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata
pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam
satu kenyataan bersama hari ini.
ahmad zahid warn malaysiakini 041013Mereka menyifatkan tingkah laku
Zahid (kanan) dalam satu sidang media semalam sebagai "perilaku yang
tidak wajar sebagai seorang menteri".
Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang
didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence
Yong selepas sidang akhbar tersebut.
"Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah
salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk
memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua
Pengarang Kumpulan, Gan.
"Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia
untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang
mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan
dari beliau atau pejabat beliau."
Pengasas portal Malaysiakini itu mengingatkan menteri berkenaan bahawa
adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang
dipilih untuk memegang kuasa.
Menurut mereka, memandangkan wujudnya persepsi bahawa jenayah semakin
meningkat dan tidak terkawal, maka menteri dalam negeri sepatutnya
mengambil kira kebimbangan awam dan bertindak balas dengan sewajarnya.
Ini bukan kali pertama Zahid menuduh Malaysiakini "memutarbelit" berita.
Zahid memberi amaran bahawa beliau memantau "setiap perkataan, setiap
ayat, setiap perenggan dan setiap item berita Malaysiakini" semasa
sidang akhbar sulungnya sebagai menteri dalam negeri bulan lepas.
zahid hamidi warning malaysiakini lawrence yong 2Sementara itu, ketua
pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar memuji wartawan Yong (kiri dalam
gambar) kerana tenang ketika berdepan dengan tindakan Zahid itu.
Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan
peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang
didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada
hari Selasa.
Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.
Fathi menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan secara saksama.
"Umno adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang mengharamkan
Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama mesyuarat Majlis
Tertinggi," tambahnya. ~mk
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.