[SH] SUNGAI PETANI - Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi
peluang si suami melakukan adegan 'mesra' bersama kekasih yang juga
rakan kepada isterinya.
Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang
bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama
Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata,
seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama
seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya
sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.
Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka
menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak
senonoh dalam keadaan separuh bogel.
“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.
“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di
hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.
Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu
dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala
lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.
Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang
juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai
sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan
terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu
membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.
Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan
sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama
atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung
kejadian. - 12/9/13
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.