KUALA LUMPUR: PAS
hari ini memfailkan rayuan ke atas enam petisyen yang tolak melibatkan
empat kawasan parlimen dan dua bagi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Kawasan tersebut adalah Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar, Titiwangsa dan Pulai di Johor.
Manakala bagi kawasan Dun pula melibatkan Manjoi, Perak dan Selising di Kelantan.
Peguam Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi yang dihubungi memberitahu pihaknya
telah memfailkan rayuan tersebut di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari
ini.
"Kita telah bermesyuarat semalam dan keputusan telah diambil untuk
memfailkan rayuan beberapa kawasan petisyen yang telah ditolak.
"Hari ini kita telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi enam
kawasan iaitu melibatkan empat bagi parlimen dan dua Dun," jelasnya
kepada Harakahdaily.
Jelasnya lagi, dari 16 petisyen yang dikemukakan 12 daripadanya telah
ditolak dan masih ada empat petisyen yang belum didengari serta dibuat
keputusan.
Ketika ditanya mengenai keputusan PAS yang ingin membuat laporan polis
berhubung kesalahan pengisian di dalam Borang 14 oleh Ketua Tempat
Mengundi (KTM).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.