Followers

Thursday, August 22, 2013

Kewujudan Taska suatu keutamaan rakyat, Bilangannya perlu segera dilipatgandakan.


Photo: Kenyataan Media
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor,
EXCO Kerajaan Negeri Selangor,
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail
 
21 Ogos 2013

Kewujudan Taska suatu keutamaan rakyat, Bilangannya perlu segera dilipatgandakan.
 
Kenyataan Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM Malaysia, Dr Zaitol Salleh (JKM dedah lebih 2,000 taska tidak berdaftar, Sinar Harian, 14 Ogos) bahawa hampir 2,000 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di negara ini belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) amatlah serius. Ia adalah fenomena yang berlaku di seluruh Malaysia. Setakat Disember 2012, 846 darinya adalah di Negeri Selangor.
 
Unjuran pertambahan penduduk di negeri Selangor ialah 2% setahun (100 ribu, sebahagiannya adalah bayi-bayi yang baru lahir) dengan kadar tenaga kerja wanita melebihi 40% daripada 2762.4 juta penduduk yang bekerja. Sebahagian wanita-wanita yang bekerja itu adalah dari golongan wanita muda yang mempunyai anak-anak kecil.
 
Ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia perlu meningkatkan secara drastik bilangan taska untuk keperluan keluarga-keluarga Malaysia. Wajar juga kerajaan Malaysia membuat  dasar yg lebih baik bagi memastikan penjagaan kanak-kanak yang terbaik, khususnya bagi  keluarga di mana kedua ibubapa harus bekerja untuk menampung perbelanjaan dan keperluan jangka pendek dan jangka panjang keluarga.
 
Dasar dan pekeliling kerajaan tentang kemestian membuka taman asuhan kanak-kanak di tempat-tempat kerja dan lokasi yang releven serta subsidi yang disediakan untuk pengusaha-pengusaha taska perlulah dikuatkuasakan dengan efektif.
 
Kerajaan Selangor sedang meneliti satu dasar perancangn bandar yang menyediakan pelan perancangn bandar yang wajib menyediakan tapak lokasi yg lebih banyak untuk tujuan khusus penjagaan kanak-kanak, bukan seperti sekarang yang hanya menggunakan rumah-rumah kediaman yang dikomersialkan untuk tujuan taska.
 
Ketika ini, Selangor giat menaiktarafkan penjagaan kanak-kanak di rumah (home-based nuseries) menerusi program Si Kembar bersama pakar-pakar pendidikan anak-anak untuk memenuhi kelayakan Pendaftaran Taska JKM.
 
Satu persoalan pokok yang perlu diatasi segera ialah bilangan tenaga kerja JKM yg tidak mencukupi untuk mengendalikan isu taska, khususnya mengenai pendaftaran dan penguatkuasaan.    

Oleh itu, pihak Kementerian dan Menteri yang bertanggungjawab perlu menambah bilangan tenaga kerja di JKM negeri agar memastikan sebarang isu penjagaan kanak-kanak yang ditimbulkan dapat ditangani secepat mungkin, dan tidak dibiarkan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.
 
Kerajaan Selangor sentiasa bersedia untuk sebarang perkongsian dan pelaksanaan mekanisme terbaik bagi isu penjagaan anak-anak rakyat Malaysia, khususnya di negeri Selangor, bersama Kerajaan Persekutuan.   Ia suatu langkah bijak, bersyarat, demi kepentingan rakyat. Kementerian Kerajaan Persekutuan Malaysia mestilah mengotakan keseriusan, kesungguhan dan komitmen politiknya ke arah mewujudkan mekanisme advokasi, penguatkuasaan dan sistem sokongan yang efektif yang mampu menyediakan kualiti penjagaan, memelihara keselamatan dan hak kanak-kanak Malaysia.
 
Rodziah Ismail
Merangkap Timbalan Ketua Wanita Pusat dan Ketua Wanita Selangor
Parti Keadilan Rakyat
 
Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi: Media Rodziah Ismail, Tel.03-55447622, emel: media.rodziahismail@gmail.comKenyataan Media
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor,
EXCO Kerajaan Negeri Selangor,
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail

21 Ogos 2013


Kewujudan Taska suatu keutamaan rakyat, Bilangannya perlu segera dilipatgandakan.


Kenyataan Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM Malaysia, Dr Zaitol Salleh (JKM dedah lebih 2,000 taska tidak berdaftar, Sinar Harian, 14 Ogos) bahawa hampir 2,000 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di negara ini belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) amatlah serius. Ia adalah fenomena yang berlaku di seluruh Malaysia. Setakat Disember 2012, 846 darinya adalah di Negeri Selangor.

Unjuran pertambahan penduduk di negeri Selangor ialah 2% setahun (100 ribu, sebahagiannya adalah bayi-bayi yang baru lahir) dengan kadar tenaga kerja wanita melebihi 40% daripada 2762.4 juta penduduk yang bekerja. Sebahagian wanita-wanita yang bekerja itu adalah dari golongan wanita muda yang mempunyai anak-anak kecil.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia perlu meningkatkan secara drastik bilangan taska untuk keperluan keluarga-keluarga Malaysia. Wajar juga kerajaan Malaysia membuat dasar yg lebih baik bagi memastikan penjagaan kanak-kanak yang terbaik, khususnya bagi keluarga di mana kedua ibubapa harus bekerja untuk menampung perbelanjaan dan keperluan jangka pendek dan jangka panjang keluarga.

Dasar dan pekeliling kerajaan tentang kemestian membuka taman asuhan kanak-kanak di tempat-tempat kerja dan lokasi yang releven serta subsidi yang disediakan untuk pengusaha-pengusaha taska perlulah dikuatkuasakan dengan efektif.

Kerajaan Selangor sedang meneliti satu dasar perancangn bandar yang menyediakan pelan perancangn bandar yang wajib menyediakan tapak lokasi yg lebih banyak untuk tujuan khusus penjagaan kanak-kanak, bukan seperti sekarang yang hanya menggunakan rumah-rumah kediaman yang dikomersialkan untuk tujuan taska.

Ketika ini, Selangor giat menaiktarafkan penjagaan kanak-kanak di rumah (home-based nuseries) menerusi program Si Kembar bersama pakar-pakar pendidikan anak-anak untuk memenuhi kelayakan Pendaftaran Taska JKM.

Satu persoalan pokok yang perlu diatasi segera ialah bilangan tenaga kerja JKM yg tidak mencukupi untuk mengendalikan isu taska, khususnya mengenai pendaftaran dan penguatkuasaan.

Oleh itu, pihak Kementerian dan Menteri yang bertanggungjawab perlu menambah bilangan tenaga kerja di JKM negeri agar memastikan sebarang isu penjagaan kanak-kanak yang ditimbulkan dapat ditangani secepat mungkin, dan tidak dibiarkan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

Kerajaan Selangor sentiasa bersedia untuk sebarang perkongsian dan pelaksanaan mekanisme terbaik bagi isu penjagaan anak-anak rakyat Malaysia, khususnya di negeri Selangor, bersama Kerajaan Persekutuan. 
Ia suatu langkah bijak, bersyarat, demi kepentingan rakyat. Kementerian Kerajaan Persekutuan Malaysia mestilah mengotakan keseriusan, kesungguhan dan komitmen politiknya ke arah mewujudkan mekanisme advokasi, penguatkuasaan dan sistem sokongan yang efektif yang mampu menyediakan kualiti penjagaan, memelihara keselamatan dan hak kanak-kanak Malaysia.

Rodziah Ismail
Merangkap Timbalan Ketua Wanita Pusat dan Ketua Wanita Selangor
Parti Keadilan Rakyat


Untuk sebarang pertanyaan mengenai kenyataan di atas, sila hubungi: Media Rodziah Ismail, Tel.03-55447622, emel: media.rodziahismail@gmail.com
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.