Followers

Thursday, August 22, 2013

DAP beri Utusan 48 jam buktikan Father Augustus Chen, atau disaman

Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs
 DAP beri Utusan 48 jam buktikan Father Augustus Chen, atau disaman

Gobind Singh Deo bercakap dengan pemberita di sidang akhbar di ibu pejabat DAP, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Ogos, 2013.Gobind Singh Deo bercakap dengan pemberita di sidang akhbar di ibu pejabat DAP, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Ogos, 2013.DAP memberi masa 48 jam kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia untuk membuktikan segala pertuduhan yang dilemparkan dalam dua artikel berkaitan dengan Father Augustus Chan atau bakal berhadapan tindakan mahkamah.
Ketua Biro Guaman Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata akhbar berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab (LOD) yang dihantar parti itu kerana dikatakan membuat fitnah dengan menulis semula kenyataan dalam risalah Laporan Ekuiti daripada penulis rekaan Father Augustus Chen.
"Pengarang Zulkifli Jalil dan Kasthuri Jeevendran serta akhbar Utusan Malaysia harus menjawab segala pertuduhan ini asas segala pertuduhan tidak berasas.
"Dakwaan yang mendakwa Lim Kit Siang memanipulasi pemilihan parti Disember lalu adalah tidak berasas dan penulis menulis semula risalah berkenaan tanpa memastikan kebenarannya," kata Gobind dalam satu sidang media hari ini di Ibu Pejabat DAP.
Dua artikel berkenaan bertajuk "Akhirnya drama dihentikan" dan "Kit Siang manipulasi pemilihan CEC?" yang masing-masing bertarikh 17 dan 18 Ogos lalu.

DAP meminta Utusan menjelaskan siapa sebenarnya penulis risalah itu dan harus mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan.
Gobind berkata, pengarang dan wartawan Utusan seharusnya jelas dengan etika kewartawanan dan perlu mengesahkan pertuduhan dalam buku berkenaan terlebih dahulu.
Katanya, Pendaftar Pertubuhan (RoS) turut terpengaruh dengan dakwaan risalah itu yang mendakwa 753 pewakilan tidak menerima notis dan 547 pewakilan haram.
"Kami belum dapat memutuskan berapa jumlah saman yang dikemukakan dan hal ini akan dinilai oleh mahkamah. DAP diserang dengan pelbagai saluran selama beberapa bulan ini berdasarkan risalah Laporan Ekuiti itu.
"Utusan mesti berdepan dengan tindakan dan DAP tidak akan berdiam diri. Kami akan membawa perkara ini ke mahkamah jika tiada jawapan dari Utusan," katanya.
Ahli Parlimen Puchong itu menjelaskan DAP tiada pilihan lain untuk mengadakan pemilihan semula parti melainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan RoS dapat mengesahkan untuk tidak membatalkan pendaftaran parti maka tindakan alternatif boleh diambil.
"DAP tiada masalah untuk menuntut salah laku RoS itu ke mahkamah namun dengan kekangan masa, pendaftar itu boleh sahaja melucutkan pendaftaran DAP jika tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan selama ini," katanya sambil menjelaskan parti sentiasa bersiap sedia dengan apa juga maklumbalas RoS kelak. Gobind Singh Deo bercakap dengan pemberita di sidang akhbar di ibu pejabat DAP, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Ogos, 2013.Gobind Singh Deo bercakap dengan pemberita di sidang akhbar di ibu pejabat DAP, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Ogos, 2013.

DAP memberi masa 48 jam kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia untuk membuktikan segala pertuduhan yang dilemparkan dalam dua artikel berkaitan dengan Father Augustus Chan atau bakal berhadapan tindakan mahkamah.

Ketua Biro Guaman Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata akhbar berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab (LOD) yang dihantar parti itu kerana dikatakan membuat fitnah dengan menulis semula kenyataan dalam risalah Laporan Ekuiti daripada penulis rekaan Father Augustus Chen.


"Pengarang Zulkifli Jalil dan Kasthuri Jeevendran serta akhbar Utusan Malaysia harus menjawab segala pertuduhan ini asas segala pertuduhan tidak berasas.


"Dakwaan yang mendakwa Lim Kit Siang memanipulasi pemilihan parti Disember lalu adalah tidak berasas dan penulis menulis semula risalah berkenaan tanpa memastikan kebenarannya," kata Gobind dalam satu sidang media hari ini di Ibu Pejabat DAP.


Dua artikel berkenaan bertajuk "Akhirnya drama dihentikan" dan "Kit Siang manipulasi pemilihan CEC?" yang masing-masing bertarikh 17 dan 18 Ogos lalu.


DAP meminta Utusan menjelaskan siapa sebenarnya penulis risalah itu dan harus mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan.

Gobind berkata, pengarang dan wartawan Utusan seharusnya jelas dengan etika kewartawanan dan perlu mengesahkan pertuduhan dalam buku berkenaan terlebih dahulu.


Katanya, Pendaftar Pertubuhan (RoS) turut terpengaruh dengan dakwaan risalah itu yang mendakwa 753 pewakilan tidak menerima notis dan 547 pewakilan haram.


"Kami belum dapat memutuskan berapa jumlah saman yang dikemukakan dan hal ini akan dinilai oleh mahkamah. DAP diserang dengan pelbagai saluran selama beberapa bulan ini berdasarkan risalah Laporan Ekuiti itu.


"Utusan mesti berdepan dengan tindakan dan DAP tidak akan berdiam diri. Kami akan membawa perkara ini ke mahkamah jika tiada jawapan dari Utusan," katanya.


Ahli Parlimen Puchong itu menjelaskan DAP tiada pilihan lain untuk mengadakan pemilihan semula parti melainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan RoS dapat mengesahkan untuk tidak membatalkan pendaftaran parti maka tindakan alternatif boleh diambil.


"DAP tiada masalah untuk menuntut salah laku RoS itu ke mahkamah namun dengan kekangan masa, pendaftar itu boleh sahaja melucutkan pendaftaran DAP jika tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan selama ini," katanya sambil menjelaskan parti sentiasa bersiap sedia dengan apa juga maklumbalas RoS kelak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.