Kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula 11 Jun 2013 hingga 23
September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.
Menurut jawapan bertulis Menteri Pengangkutan kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him di Dewan Rakyat hari ini, dalam tempoh yang sama sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi, agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 adalah sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan.
Sebanyak 14 kamera AES telah beroperasi di lokasi-lokasi berikut:
Harakahdaily

- KM 375.9, Lebuhraya PLUS-Slim River (Arah ke Utara)
- KM 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan (Aran ke Bagan Datoh)
- KM 91, Jalan Ipoh-Butterworth (Arah ke Selatan)
- KM 26, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Persimpangan Kg. Kerdah)
- KM 85.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
- KM 204.6, Lebuhraya PLUS-Taiping (Arah ke Utara)
- Jalan Pasir Putih, Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
- Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
- Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian Sentul)
- KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
- KM 301.6 Lebuhraya PLUS -Kajang (Arah ke Utara)
- Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
- Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
- KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan).
Harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.