Followers

Tuesday, July 16, 2013

RTM: Shabery wajar dirujuk JK Hak Parlimen - Surendran


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mesti diujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, tegas Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran.

Surendran berkata, kenyataan Ahmad Shabery bahawa RTM 'tidak berat sebelah atau memihak kepada mana-mana pihak' adalah tidak benar dan mengelirukan dewan.

Kenyataan tersebut dibuat Ahmad Shabery dalam jawapan bertulis kepada soalan Surendran pada 9 Julai lalu.

Justeru, Surendran mengemukakan usul pada 12 Julai lalu di bawah peraturan mesyuarat 36 (12) bagi membahaskan perkara tersebut.

"Jawapan bertulis menteri pada 9 Julai menyatakan maklumat yang disiarkan RTM adalah berdasarkan nilai berita yang sememangya tidak berat sebelah atau memihak kepada mana-mana pihak. Mana-mana media yang ada di sini tahu ini langsung tidak benar.

"Kita semua tahu RTM berat sebelah dan memihak kepada pemimpin BN. Maknananya jawapan menteri kepada saya adalah tidak benar dan saya kemukakan usul ini kerana perkara ini serius," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Surendran membangkitkan perkara tersebut dalam dewan di hadapan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar berkata, beliau akan mendapatkan maklum balas Ahmad Shabery dan akan membuat keputusan tersebut sebelum persidangan berakhir pada Khamis ini.

Surendran juga berkata, tindakan RTM yang hanya memberikan liputan kepada pemimpin BN adalah tidak adil kepada rakyat.

"Isu RTM hanya memberi liputan hanya kepada pemimpin BN adalah satu kesalahan besar.

"Siapa bayar untuk RTM? Rakyat. Bagaimana BN boleh guna kemudahan rakyat untuk Kemudahan mereka tanpa beri peluang kepada pembangkang," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

- Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.