Followers

Sunday, July 21, 2013

*Najib lawat Vatican, jumpa Pope, jalin hubungan diplomatik Vatican. Penting sangat ke?

 
2 otai yang pernah dianugerahkan Tokoh Kewartawanan sental PM Najib secara terbuka. Mereka adalah Zam Maidin, Tokoh Wartawan Negara 2006 dan Kadir Jasin Tokoh Wartawan Negara 2011.

Korang baca sendiri kat blog Zam Maidin (http://zamkata.blogspot.com/2013/07/tabik-hormat-datuk-seri-najib-bukan-ini.html) dan blog Kadir Jasin (http://kadirjasin.blogspot.com/2013/07/siapa-yang-dekati-pope-nasihatilah.html) biar lebih jelas..

Aku x pertikaikan apa yang PERKASA buat semalam. Ini suatu yang bagus.. Tapi Ibrahim Ali, Hassan Ali, Zulkifli Noordin dan PERKASA harus juga semak semula beberapa perkara iaitu:

*Najib lawat Vatican, jumpa Pope, jalin hubungan diplomatik Vatican. Penting sangat ke?

*Bila Bible Bahasa Melayu diluluskan Kerajaan Malaysia yang ditadbir UMNO dan dibawa dari Indonesia, mengapa Najib diamkan diri dan biarkan masyarakat di malaysia berlaga sesama sendiri demi kepentingan politik?

*Bukankah lebih baik kita sebagai umat Islam menerangkan kepada DUTA VATICAN tentang Islam supaya tiada salah faham selaras dengan kata kata Najib Mohd Najib tentang lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam. Bukan tunjuk racist dan menyalahkan orang je..

*Paling penting, apakah sumbangan KEDUTAAN VATICAN CITY pada negara sedangkan tiada apa yang ada di sana untuk dibuat kerjasama 2 hala, x sama seperti negara2 lain..

Sebenarnya dalam apa juga isu yang melibatkan sensitiviti kaum, maupun agama kita dah jarang atau lupakan terus perumpamaan Melayu lama "Tarik rambut dalam tepung, tepung jangan selerak, rambut jangan putus.." 
 
Tapi sungguh malang sekali bila Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin sendiri lupa mereka pernah cari pasal ngan kaum lain dan mereka dimaafkan tanpa sebarang ugutan atau kecaman melampau

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.