RM44 juta: Rosmah dan Najib berjoli sakan duit rakyat
RM44 juta: Rosmah dan Najib berjoli sakan duit rakyat.
KUALA LUMPUR 17 JULAI: Kos lawatan luar negara Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak dan rombongannya dalam tempoh lima tahun terakhir
bernilai RM44.1 juta.
Perkara itu dinyatakan dalam Dewan Rakyat hari ini.
Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Taping, Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, nilai itu untuk lawatan antara Mac 2008 hingga Mei 2013.
Bagaimanapun, ditanya sama ada ia mungkin turut melibatkan perbelanjaan pendahulunya sebelum itu – Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nga berkata, beliau percaya semua itu perbelanjaan Najib.
Najib menggantikan Abdullah pada 3 April 2009.
“Mungkin ia termasuk perbelanjaan ketika beliau (Najib) masih Timbalan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.