Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa pengundi muda di Kuala Besut supaya menyokong parti berkenaan kerana kekalahan BN akan menggugat kedudukan pengerusi gabungan parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berkata keadaan akan menjadi tidak
menentu sekiranya PAS berjaya merampas kerusi berkenaan apabila
kedua-dua parti menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.
"Sekiranya kita tewas di sini, dan kalau sekiranya ada pilihan raya
negeri Terengganu dan DUN Terengganu dibubarkan, satu gelombang – bukan
biru – tetapi suatu gelombang, suatu gerakan, suatu goncangan akan
berlaku sampai ke Dewan Rakyat.
"Oleh demikian saya merayu. Saya merayu dan saya mengajak anak muda
Kuala Besut sepaya memastikan kemenangan, bukan hanya Kuala Besut, bukan
hanya masa depan Kuala Besut, bukan hanya pembangunan Kuala Besut,
tetapi memastikan BN terus memerintah Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapannya dalam Majlis Penyerahan Sukan NGO DUN di Dewan Sivik Kampung Baharu sempena kempem pilihan raya kecil Kuala Besut petang ini.
Kira-kira 300 pemuda dan pemudi yang majoritinya memakai baju-T berwarna biru hadir sewaktu beliau menyampaikan ucapan.

Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.