PETALING JAYA:
Calon PAS Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof mendakwa, beliau pernah
ditawarkan projek bernilai ratusan juta ringgit jika tidak menjadi calon
dalam pilihan raya kecil tersebut.
Beliau
yang dikenali dengan panggilan Che Long mendakwa lagi, projek tersebut
akan ditarik balik jika menjadi calon PAS di Kuala Besut.
“Saya
tetap tidak berganjak dengan perjuangan Islam dan bagi saya akhirat itu
lebih baik,” katanya dalam temubual dengan Harakah.
Che Long
di kalangan penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor kelas A.
Beliau berdepan dengan bekas jurutera Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman
yang merupakan calon Barisan Nasional pada 24 Julai ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN baru-baru ini.
Che Long
turut mendakwa beliau pernah membelanjakan wang RM200, 000 untuk
membawa lebih 40 orang ke Makkah menunaikan ibadah haji.
“Dan
hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi saya hantar orang ke
Makkah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam
sebenar,” tambah beliau lagi.
Penduduk daif
Che Long
berkata, dari pemerhatiannya penduduk di Kuala Besut masih ramai yang
daif dan berada di bawah paras kemiskinan dan kehidupan mereka agak
susah kerana ada yang bekerja sebagai nelayan.
Beliau
tidak menafikan kerajaan BN memberikan bantuan tetapi kadang kala
berlaku `pilih bulu’ yang menyebabkan terdapat orang yang memerlukan
bantuan dinafikan.
Katanya, ini menyediahkan dan tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang memerintah ikut garis panduan Islam.
Mereka, tambah beliau pelu dibantu secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik.
“PAS nak bantu pun setakat mana sangat,sebab PAS bukan kerajaan lagi,” tambah beliau lagi.
Che Long
juga mendakwa BN mengumpan rakyat dengan duit RM200 atau RM300
menyebabkan anak-anak muda yang mendapat wang itu segan datang kepada
PAS.
Katanya, BN jadikan duit sebagai senjata untuk `ikat rakyat’ dan pengundi supaya memilih calom BN.
Rakyat, katanya rakyat yang mendapat duit seperti termakan budi dengan sumpah janji untuk memangkah BN .
Itu cara Umno berpolitik sebab mereka kaya dan banyak duit, kata Che Long.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.