Peguam
kepada mendiang penyiasat persendirian P.Balasubramaniam, Americk Sidhu
bersetuju untuk memberikan keterangan dalam satu tribunal di Perancis
yang melibatkan rasuah oleh kerajaan semasa Malaysia membeli dua kapal
selam Scorpene.Pengarah eksekutif hak asasi manusia (Suaram) Cynthia
Gabriel berkata Americk akan memberi bukti di Paris sekitar September
depan nanti.
"Mahkamah sedang berhubung
dengan Americk untuk menentukan masa lapangnya," kata beliau semasa
menghadiri majlis makan malam mengumpul dana yang dianjurkan oleh
Suaram.Beliau berkata fokus tertumpu kepada pendedahan Balasubramaniam
tentang peranan Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak dalam
pembelian Scorpene.
Cynthia
juga berkata mahkamah Perancis kini sudah melanjutkan siasatan terhadap
keadaan semasa yang membawa kepada kematian Altantuya Shaariibu dan
terutamanya jika terdapat salah guna kuasa oleh Najib negara semasa
memegang jawatan tersebut.
Bagaimanapun Najib telah
menafikan tuduhan tersebut dan Balasubramaniam juga telah membuat dua
pengakuan bersumpah yang berbeza-beza.
Balasubramaniam kemudiaan
membuat pendedahan campur tangan Najib dan ahli keluargannya dalam kes
tersebut sehinggakan Americk membuat pendedahan susulan pada mesyuarat
agung Majlis Peguam pada 16 Mac 2013, beberapa hari selepas penyiasat
persendirian tersebut meninggal dunia kerana serangan jantung.
"Isunya adalah sama ada SD kedua
Balasubramaniam dilakukan atas arahan Najib dan sama ada Najib telah
mengarahkan peguam (Tan Sri) Cecil Abraham untuk menyediakan SD2," kata
beliau.
Americk, tetamu yang dijemput
pada majlis anjuran Suaram semalam mengesahkan beliau akan memberi
keterangan di Paris.Cynthia juga mendedahkan bahawa seorang lagi rakyat
Malaysia telah memberi keterangan bertulis kepada mahkamah sebelum
pilihan raya umum Malaysia 5 Mei lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata
saksi itu telah meminta identitinya dirahsiakan.Beliau berkata hakim
utama dalam siasatan yang masih dijalankan itu, Roger Le Loire meminta
penjelasan tentang bagaimana keterangan baru-baru ini sama ada ia akan
memberi kesan kepada siasatan yang sedang dijalankan.
Pada tahun 2009, Suaram
mengemukakan aduan di mahkamah Perancis hingga membawa kepada siasatan
melibatkan dua hakim penyiasat.Pada April tahun ini, Tribunal Grand
Instance di Paris memulakan siasatan ke atas dakwaan bahawa firma
Perancis DCNS telah membayar kira-kira RM458 juta sebagai rasuah kepada
pegawai Malaysia untuk mendapatkan kontrak bagi dua kapal selam tentera
laut.
Pengkritik di Malaysia mendakwa
bayaran itu adalah sogokan, yang menyalahi undang-undang di Perancis,
undang-undang Malaysia dan juga antarabangsa.Cynthia berkata, Perancis
dan pihak berkuasa Hong Kong juga telah bekerjasama untuk mendedahkan
rasuah oleh firma milik rakyat Malaysia, Terasasi yang terlibat dalam
pembelian kapal selam Scorpene.
"Siasatan meliputi sekitar
rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan sembilan syarikat lain
dengan hubungan politik di Malaysia," tambah beliau.Americk semalam
mendedahkan pihak polis tidak pernah bertanya kepada Balasubramaniam
tentang soalan penting melibatkan pembunuhan Altantuya walaupun ditahan
selama 14 hari pada tahun 2006.
"Tiada siapa yang berminat dalam
apa yang dia tahu. Semua keterangan dia berikan telah disunting polis
telah disunting dan dibersihkan untuk kegunaan di mahkamah,"
katanya.Peguam itu berkata hal tersebut mendorong anak guamnya untuk
tampil dengan SD1 yang menjadi kontroversi.
Beliau juga berkata, kajian yang
teliti dan terperinci ke atas SD1 akan mendedahkan tidak ada langsung
Balasubramaniam menyebut nama Najib dalam pembunuhan Altantuya."Apa yang
Balasubramaniam kata ialah kedua-dua Abdul Razak Baginda dan Altantuya
memberitahunya dia pernah menjadi teman wanita Najib," kata Americk yang
mengatakan beliau hanya memperincikan fakta dan bukan andaian.
Balasubramaniam kemudian membuat
SD2 untuk menarik balik kandungan dalam SD1 dan berhijrah sementara ke
India bersama keluarganya.Americk berkata tindakan tergesa-gesa tersebut
diambil adalah jelas menunjukkan situasi bahaya yang dihadapi oleh anak
guamnya sejurus selepas membuat SD1.
Abdul Razak telah dibebaskan
pada tahun 2009 kerana bersubahat dalam kes pembunuhan model Mongolia,
yang juga bekas kekasihnya.Dua anggota polis bekas Sirul Azahar dan
Azilah Hadri juga telah merayu kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan
sabitan Mahkamah Tinggi.
~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.