Selepas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan nama syarikat
pembekal dakwat itu yang didakwanya mempunyai hubungan rapat dengan
kepimpinan tertinggi SPR dan memperolehi projek bernilai RM7.1 juta itu
melalui rundingan terus, Pengerusi SPR Aziz Yusof melenting menafikan
sama ada beliau atau timbalannya, Wah Ahmad Omar, mengenali atau
mempunyai hubungan dengan pemilik syarikat itu.
Sambil menyifatkan pendedahan yang dibuat Rafizi di dalam Parlimen itu sebagai fitnah di bulan Ramadan dan kecewa mereka difitnah sedemikian rupa, beliau juga menafikan terlibat dalam urusan pembelian dakwat itu sambil mengatakan ianya diuruskan oleh urusetia SPR yang diketuai oleh Setiausaha badan itu, Kamaruddin Baria.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.