xdrag86.hexat.com's photo
INNALILLAH’HIWAINNAILAIHIROJIUN….dari Allah kita semua datang dan kepada Allah juga kita dikembalikan.
Beberapa hari lalu, berlaku satu kes kematian mengejut seorang lelaki yang berketurunan India pada zahirnya seperti orang bukan Islam tetapi sebaliknya adalah seorang muslim.
Lelaki tersebut adalah Gabrial Peter yang telah ditukarkan kepada nama Muhammad Gabrial Peter Abdullah dalam lingkungan umurnya 78 tahun.
Identitinya, telah dikenal parti melalui dokumen kad perakuan yang dikeluarkan di negeri Kelantan Darul Naim bagi membuktikan arwah adalah seorang Islam yang juga saudara baru kita.
Allahyarham ditemui mati tertiarap di tepi katilnya di rumah bernombor 82, Taman Sri Dungun. Dan kejadian tersebut hanya disedari oleh rakan kepada anak mangsa, Raja Segaran Ramalingam.
Allahyarham juga sebenarnya adalah bapa kandung kepada penyanyi terkenal di era 80-an iaitu Francisca Peter yang beragama asalnya Kristian yang terkenal dengan lagu “Sekadar di Pinggiran”.
KeIslaman Muhammad Peter juga difahamkan tidak diketahui oleh sebahagian ahli keluarganya. Beliau telah disahkan memeluk agama Islam pada 10 April 2007 lalu berdasarkan penemuan dokumen kad perakuan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Apa yang Awang hendak puji wakil rakyat PAS ini (bukan nok bodek) adalah seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat tanpa mengira fahaman politik, kaum, bangsa dan agama.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli sendiri turun ‘padang’ membantu pihak Jabatan Agama Daerah Dungun menguruskan jenazah Muhammad Peter tersebut.
Jenazah allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Unit Forensik Hospital Dungun sebelum di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sura, Dungun. Malah, ianya diimamkan sendiri oleh Adun Sura tersebut.Ustaz Wan Hassan berkata menjadi satu tanggungjawab fardhu kifayah kepada masyarakat Islam menguruskan jenazah yang meninggal dunia.
Apa lagi, katanya jika jenazah tersebut merupakan saudara baru Islam yang mungkin tidak mempunyai ahli keluarga terdekat yang beragama Islam.
“Kita (PAS) lihat kepada kepentingan menjaga rakyat, apabila rakyat yang berada dalam kesulitan seperti kematian dan sebagainya, kita (Islam) perlu bantu dia.
“Apatah lagi, dia (peter) merupakan saudara baru Islam kita yang mungkin tidak ada sanak-saudara Islam yang terdekat,” ujarnya.
Beliau selaku Yang Dipertua PAS Dungun menyangkal tangapan negatif kononnya bantuan menguruskan jenazah allahyarham Muhammad Peter bermotif politik.
Katanya, urusan menguruskan jenazah tersebut dilakukan bukan atas dasar mencari publisiti demi kepentingan politik tetapi kerana tanggungjawab dalam Islam.
Anak lelaki arwah, John Joseph Peter, 41, yang beragama Kristian memberitahu yang bapanya itu tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.
Katanya, biar pun tidak sempat menemui arwah pada saat akhir, namun dia menerima kehendak takdir dengan pemergian bapanya itu dengan hati terbuka bahawa bapanya itu meninggal dalam Islam.
Hadir sama di perkarangan Unit Forensik Hospital Dungun ketika menziarahi allahyarham Muhammad Gabrial Peter Abdullah adalah ahli keluarga terdekatnya termasuk anak perempuannya, Francisca Peter.
Tetapi, apa yang mendukacitakan tidak ada pula pemimpin Umno-BN yang datang untuk menyembahyangkan jenazah bapa penyanyi yang sangat ‘digila-gilakan’ oleh sebahagian besar pemimpin Umno.
Marilah kita semua doakan semoga allahyarham Muhammad Gabrial Peter Abdullah itu termasuk di kalangan orang yang beriman dan mendapat rahmat Tuhan Azzawajalla…AMIN. (Al-Fatihah….)
http://pasgantiumno.blogspot.com/2011/04/bapa-francisca-peter-mati-dalam-iman.html
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.