Followers

Friday, May 3, 2013

Umno tak pernah 'buka' al-Quran urus parti

 

Owhh..!! Malunya jadi ULAMAK Amno [Saksikan KENAPA...]

HULU LANGAT: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa Umno BN tidak pernah "membuka" al-Quran semasa menguruskan parti sepanjang pengalaman beliau menjadi ahli dan pemimpin parti berkenaan.

Katanya, biarpun Umno sering mendakwa mereka parti yang membela Islam, membina banyak masjid dan sekolah agama, namun parti itu tidak pernah melaksanakan tuntutan seperti yang diajar di dalam al-Quran.

“Saya tengok masa saya dalam parti (Umno) dari peringkat rendah hingga Malaysia, minta maaf tuan-tuan dan puan-puan Umno tidak pernah sekalipun membuka al-Quran.

“Kalau ada ketua cawangan dan semua di sini (saya nak tanya) pernah tak anda membuka al-Quran, ikut ajaran al-Quran dalam mentadbir parti. Pernah tau tidak?” soalnya kepada penduduk Kampung Jawa yang dipetik Selangorku.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, tindakan ini berbeza dengan perjuangan PAS yang menggunakan sepenuhnya kreadibiliti ulama dan ilmuan agama dalam memacu pentadbiran parti malah menjadikan al-Quran sebagai sumber perjuangannya.

Menurutnya lagi, PAS juga menyeimbangkan golongan ulama dengan golongan profesional dalam parti itu dan segala perjalanan parti dipandu Majlis Syura Ulama PAS.

Turut hadir sama, calon PAS yang juga penyandang Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dan calon PAS Dun Dusun Tua, Razaly Hassan.

Pakatan Rakyat juga katanya telah bersedia untuk mentadbir negara berdasarkan keupayaan yang ditunjukkan sepanjang mentadbir Selangor.

“PR sudah bersedia dan mempunyai orang yang cukup untuk memerintah Putrajaya," katanya yang juga mantan Menteri Besar Selangor. ~ Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.