Gambar hiasan |
PULAU PINANG 9 MEI: Sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Malaysia yang
mengadakan satu perhimpunan aman berhubung dakwaan penipuan dalam
pilihan raya 5 Mei dikasari oleh satu lagi kumpulan tidak dikenali dalam
kejadian berhampiran kampus mereka hari ini.
Mengikut Malaysiakini, perhimpunan dinamakan ‘Black GE13′ di satu pintu
keluar kampus mereka di Sungai Dua, Pulau Pinang itu berakhir apabila
dua anggota mereka dikasari oleh sekumpulan kira-kira 60 orang samseng
tidak dikenali.Menurut siswa berkenaan, kumpulan samseng tersebut tiba apabila mereka baru memulakan acara pelancaran satu petisyen bagi mengutuk rasisme.
Pergelutan yang berlaku selepas itu menyebabkan siswa berkenaan berundur ke kawasan pejabat NGO hak asasi Suaram, yang terletak bertentangan dengan pintu keluar Sungai Dua itu.
Siswa terbabit mendakwa, samseng berkenaan turut menggunakan semburan lada untuk menyuraikan mereka.
Ada di kalangan siswa tersebut yang didakwa ditolak ke tanah, manakala seorang lagi didakwa dipukul di bahagian kepala dan salah seorang daripada samseng tersebut juga didakwa cuba merampas kamera milik seorang wartawan akhbar berbahasa Cina. ~mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.