KOMENTAR: Menyorot
keputusan pilhanraya Umum 2008 lalu, sejurus tamat PRU-12, Tan Sri
Muhyiddin Yassin yang ketika itu merupakan Naib Presiden Umno membuat
kejutan apabila mengkritik kegagalan Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad
Badawi sehingga menyebabkan beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang.
Kritikan
Muhyiddin juga ekoran dari keputusan PRU 12 yang mencatatkan BN
mencatatkan hanya memenangi 140 kerusi parlimen dan 307 kerusi Dun.
Refleksi
dari kritikan Muhyiddin, beliau dianggap hero kerana berani mengkritik
presiden parti sehingga membawa kepada pengunduran Abdullah.Manakala
habuan yang lebih besar ialah beliau di lantik menjadi Timbalan Presiden
Umno sekali gus menjadi Timbalam Perdana Menteri.
Ramai antara penganalisa politik sedang menunggu apakah reaksi beliau berhubung keputusan PRU 13 yang baru berakhir.
Apakah
Muyiddin akan menyusuli kritikan beliau terhadap Najib ekoran prestasi
yang di cacatkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi
Pengerusi BN memperoleh keputusanlebih daif dari era Abdullah.
PRU 13
yang berakhir lalu BN memperoleh 133 kerusi parlimen iaitu kurang tujuh
kerusi dari zaman Pak Lah (Abdullah) iaitu 140 kerusi.
Begitu juga keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang merosot dari 307 kepada 275 kerusi iaitu susut 32 kerusi.
Lebih
malang bagi Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor apabila
negeri Jugra tersebut PR memenangi 44 kerusi Dun berbanding 36 kerusi
ketika Pak Lah menjadi pengerusi BN.
Angka
tersebut menunjukkan pertambahan 10 kerusi PR selangor sekali gus
membolehkan PR Selangor memperoleh lebih dua pertiga (37 kerusi)
majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri.
Manakala BN hanya memperoleh 12 kerusi berbanding 20 kerusi pada 2008.
Ke mana Peruntukan RM2.71 bilion Kepada Umno Selangor??
Bagi
rakyat Selangor setentunya tertanya-tanya ke poket siapakah wang
peruntukan yang di berikan Najib kepada Umno negeri berjumlah RM2.71
bilion pada November 2011 untuk menawan Selangor itu pergi.
Kenyataan
Pengerusi PR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menggesa
Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor amat
relevan dengan prestasi yang di tunjukkan Najib di Selangor.
Sabotaj
Syabas berhubung kegagalan penyediakan air terawat ketika tempoh
berkempen baru-baru ini juga tidak mengena. Ini disebabkan keberkesanan
sumber maklumat dari PR Selangor berhubung realiti sebenar krisis Air di
negeri tersebut kepada rakyat.
Lebih
malang lagi berikutan kekalahan Timbalan pengarah pilihanraya dan
kordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad tewas kepada
pengerusi Lajnah Guaman Pas Pusat, Mohamad Hanipa Maidin di Parlimen
Sepang.
PRU 13: 5.6 juta undi PR, BN cuma 5.3 juta
Media
arus perdana cuba sedaya upaya untuk melindungi hakikat sebenar
berdasarkan jumlah pengundi yang memberi undi kepada PR dan BN semasa
PRU 13 lalu.
Berdasarkan analisa menunjukkan lebih 5.6 juta pengundi memberi undi kepada PR berbanding 5.3 juta kepada BN.
Namun
berdasarkan kawasan yang di persempadankan, BN memperoleh majoriti mudah
133 kerusi parlimen. Setentunya juga sumbangan besar undi tersebut dari
kawasan-kawasan parlimen di pedalaman Sarawak dan Sabah.
Ini juga
menjadi hujah mengapa BN enggan memajukan sistem perhubungan dan
pembangunan di pedalaman Sabah dan Sarawak. BN lebih rela membiarkan
rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak untuk hidup terus miskin kerana
sogokan kebendaan ketika masa kempen akan membolehkan kuasa BN
diteruskan.
Mat Bangla dan Goncang dakwat
Isu
pengundi hantu yang kebanyakan membabitkan mat Bangla juga tidak harus
di pinggirkan kerana sebahagian besar kemenangan BN adalah di kawasan
yang pengundinya kecil.
Berpuluh gambaran yang dimuat turun di laman maya menunjukkan isu tersebut bukanlah suatu polimik remeh yang enteng.
Barisan
Guaman PR sedang mengumpul pelbagai bukti untuk membawa kes ini di
pengadilan. Menurut R.Sivarasa yang juga MP Subang, semua yang terlibat
termasuk Menteri Dalam Negeri dan SPR boleh di dakwa berhubung tragedi
pengkhianatan ini.
Begitu juga isu dakwat kekal yang tidak kekal yang turut di buktikan sebagaimana tersiar di laman maya tersebut.
Persoalan
mengapa undi awal yang jatuh pada 30 April lau mengambil masa sehingga
lima hari.
Tempoh lima hari tersebut akan menyebabkan dakwat tersebut
tidak lagi kelihatan. Walhal SPR memaklumkan dahwat tersebut kekal dalam
tempoh tujuh hari.
Maka tidak mustahil pihak anggota keselamatan dan mereka yang terlibat boleh mengundi buat kali kedua ketika hari membuang undi.
Apa pun
keputusan PRU13 telah berakhir namun ketelusan SPR terus dipertikai.
Rakyat juga memahami Umno-BN sanggup memperkuda apa sahaja untuk
pastikan kemenangan. Apatah lagi SPR berada di bawah Jabatan Perdana
Menteri.
Seorang
kawan memberi tahu … terimalah hakikat bahawa rakyat Malaysia redha
untuk membayar tol dan tak mau harga petrol di turunkan….
Anak-anak muda
serta ibu bapa mereka juga berkemampuan untuk membayar pijaman PTPTN
setiap bulan… tunggulah masanya akan tiba sebagai mana buah yang masak
akan gugur dengan sendirinya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.