Nurul Izzah dilihat bersama suaminya dan diiringi oleh 3000 orang yang turut menyertainya.
Nurul Izzah yang mengalahkan Shahrizat jalil di kerusi parlimen itu pada PRU 12 dan dijangka akan tetap mempertahankan kerusi tersebut apabila dijadual bakal menentang pencabarnya Raja Nong Chik dari Barisan Nasional.
Nurul Izzah telah berkahwin dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan mereka memiliki dua orang anak, bernama Raja Nur Safiyah dan Raja Harith.
Nurul Izzah dan Shahrir mula berkenalan ketika bertemu di Institut Kajian Dasar (satu institusi yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu).
Perkahwinan mereka diadakan pada Mei 2003 ketika Anwar Ibrahim masih berada di dalam Penjara Sungai Buluh.
Penjara Malaysia telah membenarkan Anwar Ibrahim keluar dari penjara untuk menjadi wali kepada anaknya, Nurul Izzah. - Wikipedia.
lulupages.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.