KOTA
KINABALU: Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada selasa mendakwa bahawa
jumlah wang yang banyak diagehkan kepada penduduk di kawasan DUN Sulaman
pada hari menjelang pengundian, mengakibatkan Presidennya, calon PKR
untuk kerusi parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing, dikalahkan oleh
BN.
"Kami menerima
laporan tentang jumlah wang yang banyak diagehkan kepada pengundi di
kawasan Sulaman di bawah kawasan Parlimen Tuaran pada hari sebelum hari
mengundi.
"Oleh
sebab itu, saya kalah kerusi parlimen Tuaran walaupun saya menang (dari
segi jumlah undi) di Kiulu dan Tamparuli," katanya.
Beliau
berkata, hakikatnya adalah keputusan pilihan raya umum yang baru tamat
itu bertentangan dengan suasana pilihan raya kebanyakan rakyat yang
menyuarakan sentimen mereka untuk perubahan.
Beliau
berkata malangnya sentimen perubahan itu di atasi oleh jumlah wang yang
banyak dan diagehkan pada hari sebelum pilihan raya.
Beliau meraih 15,495 undi berbanding 20,685 undi yang dicapai oleh Datuk Madius Tangau (BN-Upko) di kerusi parlimen Tuaran.
Bagaimanapun,
Bumburing memenangi kerusi negeri Tamparuli selepas memperoleh 6,862
undi berbanding 6,476 undi Datuk Jahid Jahim (BN-PBS).
Beliau
juga mendakwa manipulasi sebilangan besar pendatang tanpa izin yang
diberikan MyKad di bawah Projek IC adalah antara halangan utama bagi
calon pembangkang, termasuk dirinya.
Bagaimanapun,
bekas Ahli Parlimen Tuaran itu, bersumpah untuk meneruskan agenda
perubahan itu di samping berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan bagi
setiap rakyat Malaysia.
"Saya
juga akan terus bekerja rapat dengan komponen lain Pakatan Rakyat untuk
memastikan kepentingan rakyat diperjuangkan dengan apa cara sekalipun,"
katanya.
Sehubungan
itu, beliau menyuruh kerajaan Barisan Nasional menjalankan dan
melaksanakan kewajiban moral mereka untuk memenuhi janjinya kepada
rakyat seperti dikemukakan dalam manifesto BN.
Beliau
berkata semua wakil rakyat Pakatan untuk kedua-dua dewan parlimen dan
dewan undangan negeri, akan bekerjasama untuk mengaudit dari masa ke
masa, pencapaian semua wakil rakyat BN.
"Kami
juga mahu melihat penerusan tugas yang diberikan kepada RCI terhadap
pendatang tanpa izin dengan MyKad termasuk mereka yang mendaftar sebagai
pengundi," katanya.
Sabahkini
|
Followers
Thursday, May 9, 2013
BUMBURING TEWAS GARA-GARA POLITIK WANG?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.