Kata orang tua...
Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu.
Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk
pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan
Raja Melayu.
Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?
Anak muda jawap...
Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian
sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu,
kalian mengaji percuma.
Kami, belum habis mengaji sudah berhutang.
Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh
miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.
Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami
dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa
sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki
rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.
Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald,
Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas
oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.
Kamu pinta kami berwaspada
dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu
minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib
kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada
dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami
waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.
Saya masih
ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina
yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum
penjara.
Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina
Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi
Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang
mempunyai penduduk Melayu paling ramai.
Kamu kata, DAP benci
Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO
bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal
biasiswa agama.
Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci
Islam, tapi Zairil Khir wakil rakyat DAP itu Melayu, Islam dan anak
pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon
Melayu dari MCA?
Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.
Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah
Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?
Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?
Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat,
kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India
Kadazan, Murut dan sebagainya.
Kamu kata, hanya BN yang boleh
memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor
lebih maju di bawah PKR, Kelantan lebih dihormati kejujuran
kepimpinannya dibawah PAS..
Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?
Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira
bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk
membela Melayu. Kami anak Malaysia!
Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.
Kami mahukan keadilan Islam ditegakkan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.