Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau sudah ditunjukkan "sedutan" dua video berasingan - video pertama didakwa aksi Nurul Izzah dan video kedua didakwa melibatkan bapanya - "dua atau tiga hari lalu".
Saifuddin mendakwa, agen Umno menggunakan video itu sebagai amaran kepadanya tetapi menurutnya PKR tidak gentar kerana isu itu kerana sudah terbiasa sejak dari dahulu lagi.
"Kita sudah menghadapi perkara itu sejak 14 tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Saifuddin juga dalam kenyataannya hari ini berkata, mereka menerima maklumat daripada "sumber yang boleh dipercayai" bahawa video itu dihasilkan melalui manipulasi imej digital.
Menurutnya, ia melibatkan pencantuman babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin berkenaan terbabit dalam salah laku seks.
Mengulas tindakan itu, beliau berkata, sudah menjadi lumrah perjuangan, termasuk dalam sejarah Islam apabila Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA sendiri diuji dengan dakwaan seksual.
"Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah. Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami," katanya.
"Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.