Followers

Tuesday, March 26, 2013

Putrajaya akan ditadbir secara kolektif

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat's photo.
Putrajaya akan ditadbir secara kolektif
 
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memberi jaminan akan menjalankan pemerintahan secara kolektif dan mengelakkan pentadbiran kuku besi sekiranya berjaya menerajui Kerajaan Pusat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
 
Presiden PAS, Dato' SeriTuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, gabungan PAS, DAP dan KeADILan akan memastikan tidak berlakunya setiap keputusan hanya diputuskan seorang pemimpin.
 
Beliau berkata demikian semasa  menyampaikan ucapan pada program Himpunan Tanah Rakyat Johor 17 Mac lalu.Kata Ustaz Hadi, Pakatan sentiasa melakukan perbincangan dan musyawarah sebelum sebarang keputusan diambil bagi membentuk kesepakatan yang kukuh.
 
Sebagai contoh, dalam kerjasama Pakatan hari ini pun sudah diamalkan pentadbiran secara kolektif, katanya lagi. Justeru, beliau yakin pentadbiran kolektif ini akan diteruskan selepas Pakatanberjaya menawan Putrajaya.
 
Ustaz Hadi berkata, amalan kuku besi yang dibawa BN tidak akan diamalkan dalam Pakatan.Sebagai contoh kata beliau, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen hingga komponen BN sendiri tidak 
tahu tarikhnya.
 
Ustaz Hadi turut memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tanah penduduk yang berlarutan terlalu lama sekiranya Pakatan diberi kepercayaan menjadi pemerintah.
 
Katanya, PAS pernah berjaya menyelesaikan 60,000 kes tuntutan tanah di Terengganu dalam tempoh empat tahun pentadbiran. Selain itu, PAS juga berjaya menyelesaikan isu tuntutan kubur masyarakat Cina yang sudah berlarutan lebih 20 tahun ketika pemerintahan BN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.