Sudah lama bersabar, akhirnya kesabaran ada batasnya.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang merupakan pemilik dan pengendali blog berkaitan Umno yang dikenali sebagai "Papa Gomo".
Anwar sendiri mengarahkan pasukan peguamnya untuk menyaman blogger yang kononnya tidak bertuan itu.
Dalam satu posting di Facebook, Anwar menjelaskan:
Saya telah arah pasukan peguam saya utk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yg punyai kaitan rapat dgn Umno.
Manakala di akaun Twitter miliknya, Anwar menyebut perkara yang sama dan maklumat mengenainya turut disertakan dalam pautan ke blog rasminya.
@anwaribrahim: Blog: [PRESS STATEMENT] Anwar sues UMNO-linked blogger Papa Gomo over latest fake sex video allegations: M... http://bit.ly/15kjtet
Pada 16 Mac 2013, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka.
Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Berpura-pura tidak ada kaitan dengan pengedaran gambar dan dakwaan palsu yang bersifat seksual terhadap Anwar telah menjadi tanda politik longkang yang diamalkan oleh Umno dan blogger upahannya.
Blogger Papa Gomo terkenal kerana hubungan rapat dan sulit dengan kepimpinan Umno, termasuk Naib Presiden Umno yang juga menteri pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi.
Pada Disember 2011, Papa Gomo telah diiberikan akses istimewa untuk memasuki kapal selam KD Tun Razak, yang merupakan salah satu kapal selam terbaru dan paling maju Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), semasa kontroversi antara BN dan Pakatan Rakyat mengenai isu keupayaan pertahanan.
Ia membuktikan Umno-BN tidak layak lengkap untuk terus memerintah dan mentadbir negara kita.
Kenyataan media tersebut dibuat Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mewakili Anwar sebagai peguam terhadap saman tersebut.
Sementara itu, Pakatan Rakyat mendesak atas nama keadilan agar pilihanraya umum ke-13 mengambil kira lima penambah baikan berdasarkan laporan persidangan antarabangsa berkaitan pilihan raya anjuran pihaknnya awal bulan ini.
Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata, penambah baikan itu antaranya mahu Perdana Menteri, Najib Altantuya bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara.
"Beliau harus memastikan jentera dan dana kerajaan tidak disalahgunakan dalam usaha meraih undi Barisan Nasional (BN)," kata Anwar dalam satu kenyataan media yang dibacakan oleh Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua di Petaling Jaya hari ini.
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.