Followers

Thursday, March 28, 2013

Panas!! Ketua Umno Bahagian Cheras Sertai Pakatan Rakyat? - Posted by Addin Deen

KUANTAN, 28 Mac - Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat Pahang?. 
 
Baru sahaja isu pembahagian kerusi pilihanraya dikecohkan akibat sidang media yang dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, kini timbul pula kontroversi terbaru yang pasi sungguh mengejutkan semua pihak sebenarnya. 
 
Ia berikutan tersebarnya poster ceramah yang memaparkan wajah Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (foto) di laman sembang sosial facebook sejak lewat malam tadi. 

Poster yang bertajuk "Pidato Lahad Datu" itu kini telah disebarkan secara meluas dan ia menimbulkan berbagai tanda tanya sekarang ini. 

Benarkah Syed Ali kini telah menyokong Anwar dan salah seorang daripada pemimpin UMNO yang akan meninggalkan parti itu menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti?. 

Pada paparan poster itu menyebut program berkenaan akan diadakan malam esok (29 Mac) diMarkas PKR Ranting Indera Mahkota 2 dekat sini.


Program anjuran Pakatan Rakyat Pahang itu turut menampilkan Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota) danSulaiman Md Derus (Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuantan). 
 
Persoalannya, kenapa wajah pemimpin UMNO itu berada bersama di dalam poster terbabit. 

Apakah beliau sudah bersedia untuk berada sepentas dengan Pakatan Rakyat selepas melihat berbagai kontroversi dengan isu Lahad Datu agaknya?. 
 
Beliau yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu sebelum ini pernah menggempar negara apabila turut mengkritik tindakan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Jalil dalam isu lembu National Feedlot Corporation (NFC). 

"Shahrizat perlu segera letakkan jawatan sebagai menteri jika benar-benar beliau ikhlas dan sayangkan parti,” tegas beliau dalam satu kenyataannya pada awal Disember lalu. 
 
Beliau berkata hanya dengan berbuat demikian UMNO tidak dikaitkan dengan isu tersebut yang kini telah menimbulkan kemarahan rakyat. 

Katanya, berundur secara terhormat daripada kabinet bukan bermakna beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO kerana jawatan itu dipilih oleh perwakilan parti. 
 
Kini, Shahrizat terpaksa akur dan telah pun berundur seperti yang disarankan oleh beliau. Maka itu, apakah kini beliau merasakan dirinya sudah tidak serasi lagi dengan UMNO dan bertindak naik ke pentas Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ini? ~pahangdaily online.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.