KUALA KRAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan memberikan tanah kepada rakyat negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menerajui kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau berkata, ia merupakan janji tambahan daripada tujuh perkara besar yang diumumkannya semasa melawat negeri ini pada Januari lalu.
"Pertama jangan bagi tanah kepada pemimpin DAP. Untuk apa bagi tanah pada pemimpin DAP, rakyat Kelantan dahagakan tanah, lebih 4,000 hektar tanah bagi kepada Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming, rakyat dapat apa?
"Salah satu janji tambahan, kita akan bagi tanah kepada rakyat Kelantan. Kita sebuah kerajaan kena buat yang terbaik untuk rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin serta Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.
- UTUSAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.