Followers

Saturday, March 16, 2013

Ini Dia Ketua Pencacai Umno...... Posted by Addin Deen



KUALA LUMPUR 15 MAC: Selesai solat Jumaat hari ini, puak Umno membuka pentas ceramah fitnah mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 50 ahli dari beberapa NGO pro Umno itu diadakan berdekatan Masjid Negara dan bangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini bermula jam 2.15 minit petang tadi.
Sebuah lori dijadikan pentas fitnah bertajuk ‘Anwar dalang Lahad Datu’ untuk pemimpin utama NGO terlibat.

Mereka mencerca dan memfitnah Ketua Umum KEADILAN dalam isu tersebut.
Turut menjadi sasaran, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.Presiden Jati, Datuk Hassan Ali berulang kali mengaitkan hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mantan pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari dan kumpulan pemisah Filipina.

Antara yang hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md Arip.
Mengulas tindakan itu, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN, Fariz Musa berkata, Umno BN ketandusan isu untuk dibawa dalam pilihan raya akan datang.

Beliau menyifatkan, fitnah yang mengaitkan Anwar sebegitu tidak ubah seperti meludah ke langit.“Ramai sudah maklum penafian Nur Misuari mengenai pembabitan Anwar dalam insiden Lahad Datu.

“Puteri Jacel Kiram iaitu waris Sultan Jamalul Kiram III juga menafikan sebarang komunikasi dengan pembangkang Malaysia dan menolak dakwaan berlaku perbincangan antara mereka,” kata Fariz kepada Keadilan Daily.

Fariz berkata, himpunan fitnah itu tak ubah rancangan tidak bermoral Umno untuk membentuk persepsi umum kononnya Anwar bersalah.
“Mereka cuba mempengaruhi pengundi luar bandar dengan memfitnah Anwar kerana mereka tahu kempen itu gagal diterima pengundi muda dan bandar disebabkan kelompok ini terdedah pelbagai sumber berita,” kata Fariz. ~
keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.