Followers

Friday, January 25, 2013

Selangor beku bayaran kepada Syabas untuk rakyat - MB Khalid Written by Khalid Ibrahim


Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk mengambil alih perkhidmatan industri air dari syarikat konsesi dan kita telah pun membuat persiapan sewajarnya sekiranya kerajaan Pusat membenarkan pengambilalihan ini.

Kita akan terus memantau kecekapan pengurusan SYABAS dan tidak akan berdiam diri ketika SYABAS gagal memenuhi tanggungjawab mereka seperti yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

Justeru, keputusan kerajaan negeri membekukan CAPEX kecuali kerja-kerja kecemasan adalah bersandarkan pada satu matlamat iaitu menjaga kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ini kerana, setiap sen yang dibelanjakan oleh SYABAS akan diterjemahkan dalam bentuk tarif yang akan dibayar oleh rakyat dalam bil bulanan mereka.

Sehubungan itu, kerajaan Selangor wajib pertahankan dan mengutamakan kepentingan pengguna, value for money dan rakyat tidak terbeban untuk membayar tarif bagi perbelanjaan yang sia-sia

Penyelesaian kepada permasalahan yang ditimbulkan oleh SYABAS hanya boleh dicapai di bawah model holistik yang dimulakan oleh kerajaan Pusat sejak 2006 apabila Akta Industri Perkhidmatan Air digubal yang mana perkhidmatan air yang dulunya di bawah pengendalian kerajaan negeri sepenuhnya telah dipindahkan di bawah Senarai Bersama, Perlembagaan Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan air adalah tanggungjawab bersama kerajaan negeri dan Pusat bukannya diuruskan syarikat swasta yang memeras ugut kerajaan negeri,  menindas rakyat dan berorientasikan keuntungan.

Kerajaan negeri bersungguh-sungguh menyelesaikan penstrukturan semula berlandaskan perundangan walaupun kerajaan Pusat berdegil untuk membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air.


YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.