Followers

Thursday, December 20, 2012

Yang Orang Tua Ni Hina Islam, Ulama Umno Tak Nak Pulak Kalut !!!

Otai Reformasi's photo.
Yang Orang Tua Ni Hina Islam, Ulama Umno Tak Nak Pulak Kalut !!!

Mahathir pernah mengatakan pada 14 Julai 1992 bahawa 'apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan?

" Tidakkah Mahathir juga yang menyebut pada 3 Mac 1994 bahawa 'hukum rejam kepada penzina adalah primitif?'

Banyak lagi koleksi ucapan ini jika ingin dijadikan sebagai amanat. Ini belum mengambil kira kenyataan-kenyataan terbaru beliau bahawa hudud tiada di dalam Al-Quran dan isu 'syaitan yang dikenali'.

Jika semua ucapan ini disebut sebagai amanat, maka tidak bahayakah Amanat Mahathir kepada umat Islam?


beberapa orang ulama Umno yang mahu agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi yang didakwa disampaikan oleh beliau pada 7 April 1981 iaitu lebih kurang 31 tahun lepas.

Ini termasuklah Pengerusi ILMU sendiri, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya di muka hadapan Sinar Harian dan Utusan Malaysia hari ini 18 Disember 2012 yang mendesak agar Amanat ini ditarik balik.


Saya mengira bahawa desakan ini tidak lain hanyalah merupakan salah satu helah dari pihak UMNO untuk mencalarkan imej Presiden PAS ditambah dengan suasana yang sedang menghampiri PRU13 ini.

Apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi ialah ucapan biasa beliau di sebuah majlis ceramah pada tahun 1981 (ada versi yang menyebut 1979) di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu.

Ia kemudiannya dicetak oleh individu perseorangan yang disebut sebagai amanat dan didakwa kemudiannya sebagai punca pemecahbelah umat Islam dan penyebab berlakunya solat dua imam di beberapa lokasi khususnya di Terengganu.

Padahal sehingga sekarang tidak ada sebarang kajian terperinci yang dapat mengesahkan dakwaan ini.

Padahal jika disoroti sejarah, Abdul Hadi sendiri pernah bersedia untuk bermuzakarah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2001 tentang isu amanat ini.

Sekitar bulan April tahun 2001 menyaksikan bagaimana isu 'Amanat' ini dimainkan secara besar-besaran dengan tujuan untuk menjatuhkan imej Tuan Guru Abdul Hadi (pada masa itu Menteri Besar Terengganu) di kalangan pengundi Melayu.

Akhirnya, apabila isu ini diperbesar-besarkan sekian lama dan Majlis Fatwa Kebangsaan dikatakan telah bersetuju untuk bermuzarah, tiba-tiba pada 2 Mei 2001, Dr Ismail Ibrahim (pada masa itu sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) muncul di kaca televisyen membuat kenyataan bahawa muzakarah tersebut dibatalkan ekoran ia telah dipolitikkan oleh golongan-golongan tertentu. 

Berkaitan : Amanat Mahathir!!!, Ulama Umno Tak Suruh Mahathir Tarik Balik Ke ?

Berkaitan : Jangan Jual Harga Mufti Dengan Murah ~ TG Nik Aziz
 

Mahathir pernah mengatakan pada 14 Julai 1992 bahawa 'apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan?

" Tidakkah Mahathir juga yang menyebut pada 3 Mac 1994 bahawa 'hukum rejam kepada penzina adalah primitif?'

Banyak lagi koleksi ucapan ini jika ingin dijadikan sebagai amanat. Ini belum mengambil kira kenyataan-kenyataan terbaru beliau bahawa hudud tiada di dalam Al-Quran dan isu 'syaitan yang dikenali'.

Jika semua ucapan ini disebut sebagai amanat, maka tidak bahayakah Amanat Mahathir kepada umat Islam?

Beberapa orang ulama Umno yang mahu agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi yang didakwa disampaikan oleh beliau pada 7 April 1981 iaitu lebih kurang 31 tahun lepas.

Ini termasuklah Pengerusi ILMU sendiri, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya di muka hadapan Sinar Harian dan Utusan Malaysia hari ini 18 Disember 2012 yang mendesak agar Amanat ini ditarik balik.

Saya mengira bahawa desakan ini tidak lain hanyalah merupakan salah satu helah dari pihak UMNO untuk mencalarkan imej Presiden PAS ditambah dengan suasana yang sedang menghampiri PRU13 ini.

Apa yang disebut sebagai Amanat Haji Hadi ialah ucapan biasa beliau di sebuah majlis ceramah pada tahun 1981 (ada versi yang menyebut 1979) di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu.

Ia kemudiannya dicetak oleh individu perseorangan yang disebut sebagai amanat dan didakwa kemudiannya sebagai punca pemecahbelah umat Islam dan penyebab berlakunya solat dua imam di beberapa lokasi khususnya di Terengganu.

Padahal sehingga sekarang tidak ada sebarang kajian terperinci yang dapat mengesahkan dakwaan ini.

Padahal jika disoroti sejarah, Abdul Hadi sendiri pernah bersedia untuk bermuzakarah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2001 tentang isu amanat ini.

Sekitar bulan April tahun 2001 menyaksikan bagaimana isu 'Amanat' ini dimainkan secara besar-besaran dengan tujuan untuk menjatuhkan imej Tuan Guru Abdul Hadi (pada masa itu Menteri Besar Terengganu) di kalangan pengundi Melayu.

Akhirnya, apabila isu ini diperbesar-besarkan sekian lama dan Majlis Fatwa Kebangsaan dikatakan telah bersetuju untuk bermuzarah, tiba-tiba pada 2 Mei 2001, Dr Ismail Ibrahim (pada masa itu sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) muncul di kaca televisyen membuat kenyataan bahawa muzakarah tersebut dibatalkan ekoran ia telah dipolitikkan oleh golongan-golongan tertentu.

Berkaitan : Amanat Mahathir!!!, Ulama Umno Tak Suruh Mahathir Tarik Balik Ke ?


Berkaitan : Jangan Jual Harga Mufti Dengan Murah ~ TG Nik Aziz

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.