
Semua
menteri besar (MB) negeri-negeri yang dimenangi Barisan Nasional (BN)
pada PRU-13 akan ditentukan oleh sultan negeri masing-masing dan bukan
lagi di bawah kuasa Perdana Menteri. Wow... Itu laporan yang baru aku
terima.
Seorang
sahabat yang juga orang kuat politik di Terengganu memaklumkan aku
bahawa Najib tidak mahu mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah
Badawi sehingga berlaku kekecohan pelantikan MB di Terengganu dan
Perlis dengan mengambil langkah menyerahkan kepada istana untuk
memutuskan siapa yang akan mengetuai pentadbiran negeri masing-masing.
Sepengetahuannya,
Najib sudah pun bertemu dengan semua sultan di negeri-negeri untuk
mendapatkan nama-nama calon MB yang sudah dipilih.
Sama ada mereka ini
MB sedia ada, calon baru dari kalangan wakil rakyat sedia ada atau calon
baru yang fresh dan belum bertanding sebelum ini tidaklah dapat
dipastikan. Itu semua bergantung kepada kehendak sultan.
Lalu aku
cuba korek rahsia tentang nasib Ahmad Said di Terengganu sama ada
menjadi "pilihan" Sultan Mizan lagi kali ini selepas pada 2008 dia
mendakwa mendapat perkenan tuanku untuk mengambil alih pentadbiran
negeri yang kaya dengan petrolium itu daripada Idris Jusoh.
Sahabat aku enggan mengulas. Dia tidak mengiyakan, tidak juga menafikan.
Tapi
bila aku tanya macam mana hubungan Ahmad Said dengan Idris, dia kata...
"macam itu jugaklah..." Bila aku kata elok dua-duanya Najib spike, dan
lantik orang baru sebagai MB, sahabat aku menyokong. "Itulah jalan
terbaik!" katanya heee...
Itulah yang tuanku mahukan, bukan? Heee... sahabat aku tersengih!
Dan berdasarkan maklumat, pemerhatian dan ramalan aku, antara negeri yang bakal mendapat MB yang baru pada PRU-13 nanti.
Jadi
sesiapa yang bercita-cita besar nak jadi MB tu, himpit-himpitlah sultan
di negeri masing-masing, termasuk juga kalangan pemimpin UMNO Selangor!
Hee....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.