Keengganan Perdana Menteri, Najib Altantuya menjelaskan tujuan dan topik perbincangannya bersama spekulator matawang antarabangsa, George Soros jika benar pertemuan itu tidak melibatkan sebarang rahsia yang perlu disembunyikan, ditempelak Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
“Rakyat ingin tahu apa muslihat pertemuan tersebut, apakah benar ia hanya perjumpaan biasa? Apa agenda yang dibincangkan atau menyambung perjanjian tersembunyi antara Soros dan Mahathir dulu?” soalnya.
Menurut Azan,
pertemuan tersebut jelas membuktikan Barisan Nasional (BN) yang selama
ini menuding jari terhadap Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai hubungan
rapat dengan Soros dan dalam masa sama meminta bantuan darinya.
“Sifat
talam dua muka Najib Altantuya yang menyambung lidah Mahathir (Mohamad)
dengan mendakwa Pakatan Rakyat menerima dana asing untuk menjatuhkan
kerajaan terbukti sengaja direka dan dihebohkan untuk memberi imej
negatif kepada Pakatan Rakyat walhal pada sama kedua-duanya juga
mengatur pertemuan sulit dengan Soros.
“Pertemuan itu pula tidak diperjelaskan, jadi ia menambah kesangsian kepada rakyat,” kata Azan yang ditemui sebentar tadi.
Mahathir bertemu Soros pada tahun 2006, kira-kira tiga tahun selepas berundur sebagai perdana menteri pada 31 Oktober 2003.
Mahathir bertemu Soros pada tahun 2006, kira-kira tiga tahun selepas berundur sebagai perdana menteri pada 31 Oktober 2003.
Ahli Parlimen
Subang, Sivarasa Rasiah minggu lalu mendedahkan pertemuan antara Najib
Altantuya dengan Soros di sebuah hotel mewah, Hotel Plaza di Manhattan,
New York, Amerika Syarikat pada 27 September 2010.
Najib Altantuya
bagaimanapun menyatakan pertemuan tersebut merupakan kunjungan hormat
biasa dan ia tiada salah, namun tidak mendedahkan tujuan dan isi
perbualan mereka.
Azan juga tidak
menolak kemungkinan konspirasi wang seludup sebanyak RM40 juta yang
disalurkan kepada Umno Sabah juga melibatkan Soros.
“Saya syak wang
yang kononnya sumbangan politik biasa kepada Umno Sabah tersebut juga
melibatkan Soros, sebab itu pihak berkuasa tidak mendedahkan sumber wang
tersebut. Kita harus ingat, pihak berkuasa berada di bawah kekangan
beliau,” kata Azan lagi.
Katanya, tindakan bersekongkol secara sembunyi seperti ini seolah-olah Najib Altantuya mengheret negara dalam bahaya.
“Tindakan ini
boleh menggugat kestabilan malah keselamatan negara kerana kita tidak
mengetahui agenda tersembunyi di sebalik pertemuan rahsia itu.
“Najib Altantuya seolah-olah sedang menjual negara kepada dunia secara senyap-senyap,” tegas beliau.
Najib Altantuya
yang juga Presiden Umno enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang
tersebut kepada Umno, tetapi mengatakan ia adalah untuk sumbangan
politik.
Jalang Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.