[SEBARKAN] Untuk lihat lebih banyak video-video MENARIK dan eksklusif dari Syria , klik link FB sini;
=>Saya terlihat gambar ini yang dikongsi oleh seorang sahabat FB saya, maka saya rasa bertanggungjawab menceritakan apa yang saya sendiri tengo
k, perhati dan kecewa, sebab saya
tidak mahu lebih ramai yang kecewa disebabkan pelaburan yang sangat
merugikan.
Kerana harga kereta ini agak mahal.
Ya, memang betul, benar dan tepat tanpa sebarang keraguan bahawa Proton Preve memang TIADA KUALITI.
Ya, memang betul, benar dan tepat tanpa sebarang keraguan bahawa Proton Preve memang TIADA KUALITI.
Kerana saya sendiri tengok ahli keluarga saya yang
telah membelinya, tidak sampai seminggu, saya ulang, TIDAK SAMPAI
SEMINGGU, minyak hitamnya bocor sehingga basah timing belt dan sangat2
berisiko tinggi jika kerosakan itu tidak dikesan lebih awal kerana jika
timing belt yang dibasahi dengan minyak hitam itu putus ketika memandu
maka pasti lebih banyak kerosakan teruk akan berlaku [ini menurut kata
mekanik di pusat servis Proton sendiri].
Manakala, kepala gear tangan selalu tercabut, ianya plastik, dan SETELAH DIGANTI DENGAN YANG BARU, perkara sama tetap berulang, ianya masih tercabut walaupun kita sudah terlalu lembut menolaknya setiap kali menukar gear.

Dan selepas
memandu, untuk menukar kepada gear P sebelum enjin dimatikan, kerap kali
tersekat, puas dicuba namun masih tidak berjaya, sehingga ada ketikanya
perlu masuk ke gear Reverse dahulu dan menggerakkan kereta ke belakang
sedikit, maka barulah gear boleh ditukar kepada Parking.
Masalah gear
ini sudah dirujuk ke pusat servis, namun tidak lama selepas itu ianya
berulang semula.
Dan saya kenal sangat sikap pemilik kereta ini, ianya memang prihatin soal keretanya dan beliau seorang yang berhemah, namun ANDA PERLU INGAT, berhemah macam mana pun anda, jika anda diberi seekor kuda yang sudah tempang, lututnya bengkak, matanya buta sebelah dan bermacam masalah kesihatan yang lain, kuda itu tetap memberi anda banyak masalah, bukannya kepantasan dan kepuasan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.