KUALA LUMPUR: Sebelum
ini gerakan mahasiswa di peringkat nasional seperti Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis),
Pro-Mahasiswa Nasional dan sebagainya telah mendedahkan dan
membongkarkan rahsia di sebalik perancangan konspirasi Ops 2020 yang
menunjukkan keterlibatan Umno dalam pilihan raya kampus kali ini.
Rentetan daripada itu, beberapa orang mahasiswa yang bertindak sebagai kumpulan volunteer untuk membuat siri-siri pendedahan konspirasi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah melancarkan ‘Ops Kantoi 2020’.
Secara
umumnya, perancangan ini telah melibatkan pihak tertinggi dalam Umno
dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pejabat Rektor
UIA.
Siri-siri pembongkaran ini akan disalurkan dan dimuatkan melalui medium FB Buletin Uiam.
Semenjak
kehadiran rektor yang baru, pelbagai sekatan dan kes yang telah berlaku
dan ianya sangat tidak disenangi oleh warga UIA bahkan masyarakat di
luar.
Tujuan
pendedahan ini dibuat bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi
adalah untuk menyelamatkan UIA sebagai institusi ilmu yang menjadi
kebanggaan Malaysia serta menjaga imej baik UIA untuk jangka masa
panjang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.