Berapa sebenarnya wang rakyat yang terpaksa dibelanjakan untuk tanggung institusi istana setahun? Yang pastinya dengan 9 orang sultan dan 4 Yang Dipertuan Negeri, tentu punya bukan angka yang kecik.
Ada artikel dalam MediaPerak.com yang cuba kira anggaran berapa jumlah yang dibelanjakan untuk tanggung institusi istana ni.
Aku kopipes kat bawah ni ringkasan pengiraan anggaran tu:
Peruntukan Diraja Yang Di-Pertuan Agong (Akta 269) = RM13.53 juta
Elaun-elaun Diraja (Akta 270) untuk bekas Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri = RM1.27 juta
Peruntukan untuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja = RM1.80 juta
Peruntukan bagi Sultan dan Raja Bergelar = RM12.69 juta
Peruntukan bagi Emolumen Kakitangan Istana dan Kos Penyelenggaraan Istana = RM146.25 juta
Peruntukan bagi Yang Di-Pertua Negeri = RM2.42 juta
Anggaran keseluruhan jumlah peruntukan untuk raja-raja dan Yang Di-Pertuan Negeri ialah RM177.96 juta setahun. - MediaPerak.com.
Kalau nak tengok detail pengiraan anggaran tu boleh tengok di portalblog MediaPerak.com'
Kalau tengok ke detail tu rasanya banyak lagi yang tak dikira contohnya elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agung. Dari 9 sultan rasanya cuma Kelantan dan Johor saja kut yang belum pernah jadi Agung, Tu pun ayah Sultan Kelantan masih hidup dan tentu masih dapat elaun tu. Tang tu saja pun dah lebih RM10juta.
Walau bagaimanapun jumlah ini tidak termasuk elaun-elaun yang diberikan kepada kerabat-kerabat diraja (semua isteri-isteri bekas Sultan, anak-anak Sultan dan bekas Sultan dan kerabat-kerabat lain yang layak menerima elaun), kos keseluruhan Johor Military Force yang merupakan pengawal-pengawal istana Johor dan sebagainya. - Ibid.
Rasa-rasa aku mungkin lebih RM200juta setahun wang rakyat terpaksa dibelanjakan untuk tanggung istitusi istana ni.
Walaupun angka tu memang besar tapi kita ok la kut, padan la kut dengan status sultan. Kalau nak dikurangkan pun nampak macam tak banyak mana pun yang boleh dipotong. Kecuali la kalau kita sanggup nak buang terus institusi istana ni.
Tapi kalau tanya orang politik, aku yakin 100% takkan ada yang berani nak buang institusi istana ni, tak kira di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang, sama ja.
Kalaupun mungkin dihati ramai yang meluat tapi demi survival politik semua mempertahankan institusi istana. Maknanya, selagi sistem demokrasi berpilihanraya berjalan selagi itulah institusi istana ni teguh berdiri.
RM200juta tu sebenarnya tak besar mana kalau nak dibandingkan dengan nilai wang rakyat yang dibolot atau diselewengkan atas nama istana. Berapa banyak hasil balak yang 'orang istana' sapu? Berapa banyak kontrak yang dapat kat 'orang istana'?
Aku cukup yakin duit untung atas angin saja pun mungkin berkali ganda dari jumlah tu. Tu tak termasuk lagi 'duit kopi' dari para cukong yang tentu mark-up gila-gila punya.
Kalau dinilai semua kereta milik 'orang istana' saja pun aku yakin berpuluh kali ganda dari angka RM200juta tu.
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Cenangau Daunkari
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/09/cuma-rm200juta-setahun-untuk-tanggung.html#ixzz26tGadSXA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.