Followers

Tuesday, July 31, 2012

Feewitt .. Kerajaan Negeri Selangor Bertegas Tidak Akan Naik Tarif Air - Oleh: Karmic Wheel


SHAH ALAM 30 JULAI: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk kekal mempertahanan keputusan untuk tidak menaikan tarif air sehingga 70 peratus di negeri itu bagi menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, rakyat negeri ini tidak boleh dibebankan lagi dengan kenaikan tarif air kerana bebanan kos sara hidup di negara ini sudah sedia tinggi.

“Kos sara yang ditanggung rakyat sudah cukup tinggi, jadi amat tak wajar kalau ditekan lagi dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.

“Sekiranya Langat 2 diteruskan maka, rakyat Selangor akan memikul sehingga RM2,000 juta (RM2 Bilion) beban kos itu dan tarif air dinaikan,” kata beliau.

Abdul Khalid turut menyelar pemimpin Umno-BN yang bercakap soal kebajikan rakyat tetapi pada masa sama mahu menaikan tarif air di Selangor.

Selain itu, beliau turut mengutuk kenyataan yang meramalkan Kerajaan Negeri akan muflis sekiranya pemberian 20 meter padu air percuma dilaksanakan di negeri ini.

“Pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan kerajaan negeri bukan sahaja tidak menyebabkan Kerajaan Negeri Muflis, tetapi rizab simpanan kita semakin meningkat,” ujar Abdul Khalid lagi.

Dalam ucapan Abdul Khalid itu, beliau juga sempat menceritakan pertemuan antara beliau dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedikit masa dahulu.

“Saya pernah beritahu Tan Sri Muhyiddin, sebab saya nak tolong rakyat maka saya sertai politik,” ujarnya ketika menerangkan isu pemberian air percuma kepada Muhyiddin.

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Abdul Khalid baru-baru ini memulakan usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengelakan kenaikan tarif air.

Bagaimanapun usaha itu mendapat halangan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga syarikat pemegang konsesi pengurusan air itu sendiri.

Dibawah satu usaha penswastaan oleh Kerajaan Umno-BN dahulu, Syabas diberi kuasa untuk mengurus operasi merawat air mentah untuk dibekalkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang.

Manakala Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pula, bertanggungjawab bagi menguruskan empangan yang menyimpan bekalan air mentah.

Bagaimanapun Syabas didapati gagal menguruskan sumber air di negeri itu dengan berkesan apabila pengguna di negeri itu sering mengalami gangguan bekalan air.

Selain itu, Syabas yang membayar gaji Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail sebanyak RM400 ribu sebulan itu, juga didapati gagal mengurangkan kadar pengeluaran air tidak terhasil (NRW) dari 35 peratus ke 15 peratus dari setiap 100 gelen air bersih. - Selangorku

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.