Followers

Sunday, March 11, 2012

UMNO/BN JAGA PEGAWAI ATASAN SAJA ,PEGAWAI BAWAHAN BIARLAH MAMPUS....BERKERJA MACAM KULI BATAK


Tiba2 sahaja PM membuat keputusan membatalkan SBPA yang begitu heboh sejak akhir tahun lalu. Satu lagi keputusan luar jangka dari kerajaan Najib. Adakah ia akan membantu menambah sokongan kakitangan kerajaan kepada BN?

Pengumuman ini dilihat sebagai satu tanda kekecewaan PM dalam usahanya untuk meningkatkan sokongan segera dari kakitangan kerajaan. Ia disebabkan kekecohan yang terhasil dari terdedahnya rahsia JPA/SPA yang menyembunyikan beberapa fakta penting. Peningkatan pendapatan kakitangan atasan yang tidak munasabah telah dibangunkan secara sembunyi meninggalkan jauh nilai tambahan yang bakal diterima oleh kakitangan sokongan yang menjadi golongan majoriti Perkhidmatan Awam negara.


Akibat dari kemelut perbezaan ketara pendapatan kumpulan premier/JUSA dengan kakitangan sokongan ini, CEUPACS membantah keras perlaksanaannya dan mendesak ia ditangguhkan.

Kerajaan mengambil pendekatan mudah dengan membatalkan terus perlaksanaan skim ini. Sesuatu yang tidak dijangkakan.

Apa yang pasti, saranan CEUPACS tidak diperkenankan untuk memberi kenaikan gaji yang baik kepada kakitangan bawahan gred 54 ke bawah. Keadaan yang muncul menceritakan pihak pengurusan atasan iaitu JPA dan SPA masih terus mempertahankan maruah mereka dengan mengambil pendekatan membatalkan SBPA ini. Tidak perlu melayan tuntutan CEUPACS.

Adakah ia menunjukkan kelemahan pentadbiran Najib? Bolehkah ia dikatakan flip-flop... ? Adakah Najib telah gagal mencipta peluang?

Kita nantikan suara CEUPACS terhadap keputusan tersebut.

1 comment:

  1. bab 'kuli batak' ni ada sensitif sikit - Wak pun ade sikit2 dari keturunan batak juge. cume Wak takut nanti batak2 lain tu marah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.