Sambil
menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya meminta Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak menjawab lapan perkara dengan mengemukakan dokumen
rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak
dibayar oleh rakyat.
-
Pertama, Najib perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera
seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis
pertunangan anak beliau;
-
Kedua, Najib perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order
(BEO) yang dikemukakan olehnya (Rafizi) adalah dokumen yang sah dan
bukannya palsu;
- Ketiga, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri
mengemukakan
kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar
kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang
bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;
-
Keempat, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan
rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang
merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan
direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;
-
Kelima, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan
kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana
ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas
kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
-
Keenam, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan
rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan
invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh
Kerajaan Malaysia;
-
Ketujuh, Najib perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan
baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan
siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis
tersebut; dan
-
Kelapan, Najib perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau
dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah
salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank
peribadi beliau.
"Sekiranya
perdana menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dan
membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir
setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia,
barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk
pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia," tegas
Rafizi dalam satu kenyataan.
Jika
tidak, tambahnya, perdana menteri akan berdepan dengan persepsi rakyat
bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam
kabinetnya yang didakwanya, menggunakan wang rakyat dengan
sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.
Menurut
Rafizi, beliau menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan
oleh PMO menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Najib
pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana
Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis
secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat
melalui PMO.
"Persoalan
saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu
hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh
menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana
Menteri.
"Dalam
suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam BN memerangi rasuah adalah
sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi
apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana
Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu,"
tambahnya.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.