Followers

Saturday, March 10, 2012

INI KALI SELURUH UMNO BOLEH DEMAM... RAFIZI DAN ZURAIDAH SAMAN BALAS KAK IJAT... KAH KAH KAH !


Apabila Menteri Pembangunan Wanita Dan Keluarga... Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil (DSSAJ) menyaman Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saudara Rafizi Ramli (SRR) dan Ketua Wanita Parti PKR YB Zuraida Kamaruddin (YBZK)... rasanya yang akan menanggung risiko hanyalah kedua mereka sahaja jikalau semua dakwaan fitnah itu benar dan terbukti DSSAJ tidak bersalah.

Namum dengan perkembangan terbaru hari ini yang meyaksikan SRR dan YBZK memfailkan saman balas ke atas DSSAJ berhubung satu ucapan didakwa mereka berbau fitnah yang diucapkan oleh DSSAJ semasa Persidangan Wanita Umno pada 30 November 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)... rasanya seluruh Kepimpinan Umno dan Penyokong Terpilih boleh demam mendengar perkhabaran ini... kah kah kah !!!.

Menurut keterangan SRR langkah yang diambil untuk memastikan kes melibatkan Syarikat National Feedlot Corporation (NFCorp) yang diusahakan keluarga menteri itu terus dibawa ke mahkamah serta mengelakan pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau pun menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan Pemimpin Tertinggi BN diseret ke Mahkamah untuk memberi keterangan.


Tambah SRR "Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keseluruhan pimpinan BN tidak lagi boleh berdolak-dalik dari berdepan dengan rakyat dalam hal ini... Walaupun Perdana Menteri dan Pimpinan Kanan BN tidak serius dalam memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan... saya yakin jalan mahkamah memberi lebih ruang agar penyelewengan lain yang belum didedahkan dibawa ke pengetahuan umum".

Mungkin ini tindakan cukup bagus yang diambil oleh kedua-dua mereka bagi memastikan Isu NFC terus mendapat perhatian rakyat yang belum berapa faham akan Isu NFC... walaupun ada Menteri Umno sendiri iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz cuba meredakan dengan menyuruh DSSAJ membayar kembali pinjaman tersebut... namun mungkin atas faktor tak memahami maksud Menteri tersebut... ianya tidak dipedulikan oleh DSSAJ bahkan kebanyakan Kepimpinan Umno.

Diharap juga ia akan menyedarkan penyokong-penyokong Umno yang selama ini di tipu oleh Pemimpin Umno dan Pencacai Umno merangkap Penyokong Umno Terpilih dalam Isu NFC yang juga diakui oleh Menteri Umno berlaku Penyelewengan... di samping itu ia akan Menyerlah kan lagi Watak-Watak tersebunyi tetapi sebenarnya adalah Pelakun-Pelakun Utama dalam Isu NFC.
 
hemmmmm..... mungkin pru akan diadakan sebelum kes ini dibicarakan adalah besar... kerana isu nfc langsung tidak membantu umno/bn bagi meraih sokongan rakyat... bagi pencacai umno kelas penyokong terpilih... saman ini akan membuat mereka tak tidur malam bagi mencari bahan apa yang boleh dijadikan fitnah... kah kah kah !!!... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee.....


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.