Followers

Saturday, March 10, 2012

Cara Nabi Menghadapi Orang Yang Tidak Berakhlak !!!

Azza Karim  
 

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. CARA RASULULLAH S.A.W. MENGHADAPI ORANG YANG TIDAK BERAKHLAK. Siti Aisyah r.a. telah meriwayatkan : “Seorang telah meminta izin hendak masuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah berucap : “Dia seorang yang tidak baik”. 

Ketika orang itu masuk, Rasulullah s.a.w. menyambutnya dengan baik dan tutur kata lemah lembut. Setelah dia pergi, Siti Aisyah berkata kepada Rasulullah s.a.w. : “Ya Rasulullah, semasa engkau mendengar orang itu hendak masuk, engkau mengatakan dia seorang yang tidak baik !”. 

Rasulullah s.a.w. menjawab : “Wahai Aisyah, pernahkah engkau melihat aku bersikap kasar ?”. Sesungguhnya orang yang memperolehi kedudukan yang paling buruk di sisi Allah pada hari Kiamat ialah orang yang disisihkan masyarakat kerana khuatir akan kejahatannya “. (H.R. Muslim). 

Allah s.w.t. berfirman : “Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini”. ( Al-Furqan ayat : 63). 

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata : “Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu. Selamat tinggallah kamu. Kami tidak ingin berdamping dengan orang yang jahil “. (Qs Al- Qasas ayat : 55). 

Ada orang dapat menahan kemarahannya, tetapi ada juga masa yang mereka tidak boleh bersabar. Maka ketika ini akan berlaku perkara-perkara yang tidak baik. Tetapi Islam menuntut orang Muslim supaya banyak bersabar dan jangan terlalu mengikutkan perasaan. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.