Followers

Thursday, March 8, 2012

Baru hampa ada akai... kahkahkah... Kedah: Baru ada akai....Oleh: MSK


Masa PRN Sarawak bulan April tahun lepas, aku duduk kat satu hotel. (Lupa dah nama dia).

Satu pagi tu..bila aku turun ke lobi, aku ternampak Salahudin Ayub tengah minum pagi dengan Anuar Hashim. Bila dia nampak aku..terus dia panggil aku minum sekali. Belum sempat aku duduk..Salahudin bagi tau kat Anuar Hashim suruh bagi borang Pas kat aku…sebab dia tau aku dah keluar PKR.

Aku bagi tau kat Salahudin..kalau aku masuk Pas ada dua kemungkinan akan berlaku. Sama ada aku tak tahan…atau dia tak tahan. Kami gelak saja.

Aku boleh ngam dengan Salahudin buka pasai dia Naib Presiden Pas..tapi pasai pemikiran yang sealiran. Cuma bezanya dia duduk dalam parti..tapi aku tak perlukan parti. Aku bukan nak jadi ADUN..jadi, parti bukan keutamaan aku.

Apa yang aku nak kaitkan Salahudin dengan Kedah ialah apabila aku dapat tau dia jadi Pengerusi dalam mesyuarat untuk menyelesaikan kemelut Kedah. Dia mempengerusikan mesyuarat sampai pukui 11 malam..kemudian Haji Hadi ambil alih sampai pukui 3 pagi.

Kalau melihat keputusan yang diambil..aku salut Salahudin dan AJK Pas Pusat. (Atau sapa-sapa saja lah yang buat keputusan itu).

Ramai orang ingat aku marah sangat kat Azizan Razak dan ada yang cuba cerita bagi tau kat aku..”jangan percaya sangat kat Pahrolrazi”. Bagi aku individu itu tak penting.

Bagi aku..Azizan ka..Pahrolrazi ka..Ismail Salleh ka…semuanya sama. Najib ka..Anwar ka..Haji Hadi ka…semuanya sama.

Aku tak percaya kalau Azizan disingkirkan..dan Pahrolrazi naik ganti Azizan….Pahrolrazi akan jadi lebih baik. Sama saja. Malah aku rasa mungkin lebih teruk. Sebab baru jadi YDP dah mula tunjuk kuasa suruh Amirudin letak jawatan kalau tak sokong dia. Kalau Pahrolrazi naik ganti Azizan..Pahrolrazi jugak jadi macam Azizan.

Adakah masalah di Kedah ini juga berlaku sebab tak ikut Quran dan sunnah? Aku syok sentuh benda ni sebab bila aku tulis sesuatu tentang PAS..maka berduyun la komen suruh aku baca quran dan Hadis. “kalau ada masalah..kembali la kepada Quran dan Hadis”.

Azizan kata apa yang dia buat adalah kerana Islam. Malah dia juga pernah kutuk sorang reporter tu..”Nak buat kerja ikut cara Islam!!”

Apakah Pahrolrazi menentang Azizan pasai Azizan tak ikut Islam..atau Pahrolrazi sendiri dan murtad?
Come on la.. ini semua tak ada kena mengena dengan Islam..tapi sistem.

Masalah yang aku nampak mengapa berlaku kemelut di Kedah ini ialah kerana sistem.

Sistem pemerintahan yang ada sekarang diwarisi oleh sistem yang diperkenalkan oleh Umno. Sapa saja yang naik dan terus mengamalkan sistem tersebut..dia akan jadi macam Umno.

Sapa yang jadi Menteri Besar..akan mempunyai kuasa yang cukup luas. Sampaikan Azizan ingat dia boleh ambik balik Perlis kalau dia mau. Dia jua ingat dia boleh berhentikan bekalan air ke Pulau Pinang. Ini contoh orang yang gila kuasa.

Sistem yang ada di negeri-negeri memberikan peluang untuk sesiapa saja yang jadi Menteri Besar untuk ikut kepala dia saja.

Sama macam di peringkat pusat. Sapa jadi Perdana Menteri, dia yang paling berkuasa. Ketua Polis, Peguam Negara, SPR, Ketua Pengarah SPRM…semuanya terpaksa tunduk kepada Perdana Menteri. Tu pasai kalau bini Najib berbelanja sakan pun…tak ada sapa yang berani tegur.

Dulu kita marah Mahathir..kita dapat Pak Lah. Ingatkan Pak Lah ni Mr. Clean..tapi bila jadi PM..dia juga jadi dirty. Buang Pak Lah..dapat kat Najib…juga dirty.

Apakah kalau kita buang Najib..ganti dengan Anwar..kita akan dapat yang clean? Tok sah harap la. Selagi sistem yang ada digunapakai..Anwar juga akan jadi dirty.

Aku setuju dengan pendekatan yang dibuat oleh PAS Pusat dalam isu Kedah ini pasai depa ubah sistem. Bukan ubah individu. Dan sistem yang diperkenalkan oleh PAS Pusat ini juga bukan ada dalam Quran atau Hadis. Zaman Nabi dulu mana ada Jawatankuasa Pemandu. Yang ada mungkin hanya Jawatankuasa Gembala Kambing.

Walaupun sistem itu pun aku tak berapa suka sebab ianya memindahkan kuasa dari Menteri Besar kepada Jawatankauasa Pemandu, tapi masih lagi ok sebab dah ada perubahan. Perubahan ini mengurangkan kuasa Menteri Besar. MB tak boleh lagi nak ikut kepala dia saja. Tapi perubahan ini mungkin akan memperlahankan proses membuat keputusan. Tak mengapa..janji perlu ada penambahbaikan yang dibuat dari masa kemasa. Kaizen…continous improvement all the time.

Sistem yang diperkenalkan oleh Pas ini memindahkan kuasa Menteri Besar kepada Jawatankuasa Pemandu yang dibentuk oleh parti. Yang ni pun boleh disalahgunakan. Kalau mereka yang dilantik dalam Jatankuasa Pemandu itu dipilih oleh orang-orang tertentu yang berkepentingan..lingkup jugak. Jadi aku harap PAS dapat melakukan satu sistem yang lebih terbuka. Tender-tender dibuat secara terbuka. Maklumat-maklumat juga perlu lebih telus.

Sebagai contoh..aku masih belum teruja kalau Pas bagi tau hasil balak Kedah meningkat 205 peratus. Tahun 2008, pendapatan Kedah melalui balak ialah 35 juta. Tahun 2010 meningkat kepada 50 juta.

Cakap macam tu saja aku tak yakin. Aku juga nak tau jumlah keluasan yang ditebang. Aku juga nak tau sapa yang dapat konsesi balak. Dan paling aku tak suka kalau hasil balak ini diperbesarkan sebab setiap balak yang ditebang..ianya memusnahkan alam sekitar. Aku lebih teruja kalau hasil balak menurun kerana kuota balak dikurangkan dan hasil pelancungan yang berasaskan alam semula jadi meningkat.

Aku lebih suka kalau ada program macam “hikeathon” Gunung Jerai berjaya menarik 5,000 peserta…ataupun International Whitewater Rafting di Sungai Sedim berjaya menarik 500 peserta luar negara. Yang tu aku teruja kalau dibandingkan dengan hasil balak.

So..satu perkara yang telah kita pelajari dalam kemelut Kedah ni…”Pakai akai”…bukan “ikut rasa”.

Begitu jugak dengan pembaca-pembaca dan penyokong-penyokong Pas. Bila ada orang komplen..jangan terus kutuk orang yang komplen. Tak payah suruh depa balik mengaji Quran..tak payah suruh depa tunjuk bukti. Kalau hangpa ikhlas nak perbetulkan pemerintahan..selidik dulu.

Jangan la besaq kepala bagu tau kat orang..”orang luar jangan campurtangan pentadbiran PAS Kedah!” “Matsamankati..kalau tak suka pi masuk Umno la!”

Cara aku tulih mungkin kurang ajaq. Bahasa yang aku pakai tak ada insurans. Kalau hangpa buat betui-betui..aku pun tak ada modai nak kutuk.

Apa yang aku tulih dulu..sekarang pemimpin Pas sendiri dah buktikan. Ini yang dikatakan oleh Pahrolrazi dalam NST hari ini. 

“This is the most crucial element in our efforts to solve the Kedah Pas leadership crisis because Azizan ahd been flouting party guidelines and decisions on numerous occasions since he became Menteri Besar in March 2008.”

“Azizan had been ruling the states by himself without consulting his councillors on many important issues.”

“The manner in which he handled the case of five Kolej Universiti Insaniah students for demonstrating against the state-owned university college’s administration is one example of his errant ways.’”

I have nothing else to say. Case closed.
 
 
sumber: shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.