Followers

Wednesday, March 7, 2012

Altantuya Dibunuh Kejam: Zaki Selamatkan Najib Altantuya Dan Razak Baginda!

Nampaknya penghakiman bertulis yang dikeluarkan hakim Mohd Zaki Mohd Yassin bukan saja mengelirukan bahkan boleh dianggap skrip raja lawak paling hebat sepanjang zaman
!Walaupun ada motif terhadap rakan baik Najib Altantuya, Razak Baginda yang terlepas dari dikenakan pertuduhan membunuh model Mongoila, Altantuya Shaaribuu, hakikatnya Najib Altantuya sendiri yang pasti mengarahkan agar tiadak kaitan dapat dilakukan antaranya dengan Razak.

Justeru yang menjadi mangsa adalah dua anggota polis pengiring yang dikenakan hukuman mati iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.


Sekali lagi dunia tertipu dengan lakonan mahkamah paling memualkan di dunia berkonspirasi dengan Najib Altantuya untuk kekal di puncak kuasa.


JALAN PULANG


Siapa Yang Arahkan Azilah Tembak Altantuya Shaaribuu?? - 18 Disember 2011

Apa akan jadi kepada pembunuh-pembunuh Altantuya Shaaribuu??

Di mana Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar kini??


Apakah benar-benar mereka akan ke tali gantung, atau sedang berdebar menantikan keputusan pilihanraya umum ke 13 yang sebenarnya bakal menentukan nasib mereka??


"Saya kambing hitam.

Orang yang arah saya masih bebas dan popular di luar sana."

Siapakah orang yang Azilah maksudkan???


Abdul Razak Abdullah Baginda??

Atau NAJIB ALTANTUYA??

ATAU ROSMAH MANSOR???

___________________________________


Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia.


Di dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia.


Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini.


Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.


Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.


Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.


Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyaki dibunuh dengan letupan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).


Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun).

_____________

Bukti Azilah Terbabit

1)
7 November 2006 : Polis merampas sekeping nota dari pejabat Azilah. Nota itu tercatat nama pegawai penyiasat persendirian tertuduh ketiga, alamat tempat tinggal Altantuya, nombor telefon dan namanya.

2) Keterangan saksi-saksi yang melihat pada malam Altantuya dibawa dari rumah Abdul Razak.


3) Rakaman televisyen litar tutup (CCTV) di lobi Hotel Malaya , CCTV di lobi bangunan Getah Asli dan komunikasi melalui telefon.


4) Lokasi letupan ditunjuk sendiri oleh Cif Inspektor Azilah Hadri


5) Keterangan saksi-saksi bahawa Azilah Hadri bersama Sirul Azhar Umar, adalah orang terakhir dilihat bersama dengan Altantuya.


6) Polis merampas beberapa barang milik Altantuya daripada Sirul Azhar. Sepasang selipar Sirul Azhar ada kesan darah simati.


7) Altantuya ada memberitahu rakannya jika dia ' hilang' 2 atau 3 jam pada 19 Oktober 2006 , cepat-cepatlah buat laporan polis dan carilah 'Razak Baginda'.

___________________


Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas.


Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.


Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.

Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.


Altantuya Shaariibuu berusia 28 tahun dari Ulan Bator, Mongolia disyaki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.


Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg (nama lama, Leningrad), Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.


Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator.


Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.


7 / 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda , bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai.

Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.

Cif Inspektor Azilah Hadri mulanya dibela oleh Zulkifli Nordin.

Tapi, Zulkifli Nordin menarik diri kerana ada campur tangan serius pihak ketiga sewaktu pembelaan dan perbicaraan. Kemudian, peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar dilantik sebagai peguambela Azilah Hadri.


Dr Shariibuu Setev seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa (52) tinggal di daerah Bayangol, 19 horoo, Block 56, Apartmen 28, Ulanbaatar, Mongolia .


10 November 2006 : Dr Shariibuu Setev (56) tahun) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 6 petang . Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan ke Hospital Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dan ujian sampel DNA.

Polis bahagian forensik menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas Shaariibuu Mash-Muj untuk mengesahkan kesahihan identiti cebisan mayat yang dikutip oleh unit forensik di Empangan Tasik Subang.


Sampel darah ibunya , Altantsetseg, 53 turut dibawa dari Mongolia. Sampel darah Altanchagai, 16 bulan, belum diambil lagi. Altanchagai sedang sakit dan sedang mendapatkan rawatan di Mongolia.


Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi mengiringi Dr Shariibuu Setev dan memberikan sidang media di di pejabat Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia di Sunway Damansara.


Shariibuu Setev merupakan Pengarah Pusat Maklumat dan Pendidikan, Iniversiti National Mongolia. Beliau menyifatkan anaknya sebagai penyayang, berpelajaran tinggi, sentiasa mengambil berat dan amat disayangi, dan beliau tidak menduga anaknya dibunuh dengan kejam.


4 Jun 2007 : Shariibuu Setev ,Burmaa @ Amy (28 tahun), dan dua lagi saudaranya ke Malaysia. Shariibuu Setev tidak pernah berjumpa dengan Razak Baginda sebelum ini. Tetapi Burmaa @ Amy pernah berjumpa dengan Abdul Razak Baginda di Mongolia 'beberapa kali'
__________________________________

17 Oktober 2006 Altantuya datang ke rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya telah buat kecoh dan polis telah membawanya ke Balai Polis Brickfield. Altantuya berhenti di kaunter depan dan seperti hendak membuat laporan polis. Ang Chong Beng mengheret Altantuya keluar dahulu dan buat perundingan yang menguntungkan ' menang menang' terlebih dahulu.

Altantuya telah menuntut USD500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia daripada Abdul Razak. Tuntutan itu ketika Balasubramaniam, penyiasat persendirian Ang Chong Beng dan Balasubramaniam berada di luar Balai Polis Brickfield antara jam 11.00 - 12.00 malam.

Altantuya menuntut wang itu selepas Ang Chong Beng memujuk Altantuya tidak membuat laporan polis mengenai Abdul Razak.


Balasubramaniam setuju akan memaklumkan kepada Abdul Razak dan akan memaklumkan semula kepada Ang Chong Beng melalui telefon jika ada perkembangan lanjut.


19 Oktober 2006 sekitar 7.20 malam Altantuya dan 2 teman wanita melintasi rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya datang dengan teksi tapi tidak berhenti.

Balasubramaniam yang berkawal di rumah Abdul Razak, telah menelefon Abdul Razak.


Ketika itu Abdul Razak tiada di rumah kerana keluar berbuka puasa dan meminta supaya Balasubramaniam mengawasi rumahnya. Dia hendaklah menghantar SMS jika Altantuya datang ke rumahnya.


Setengah jam kemudian (8.00 malam) Altantuya datang semula dengan teksi seorang diri, tanpa 2 teman wanita lain.


Altantuya telah bercerita dengan Balasubramaniam tentang 'nasib malang'nya . Abangnya suruh ugut Abdul Razak konon menebus apartmen di Mongolia yang dipertaruhkan dalam perjudian.


Ibunya mengidap mengidap penyakit barah dan terlantar di hospital. Altantuya memberitahu dia tiada wang untuk membayar bil-bil penginapan di Hotel Malaya.


Altantuya marah-marah di depan pagar rumah Abdul Razak dengan kata-kata:
"You bastard, come out I want to see." Tapi Abdul Razak tak keluar-keluar.

Selepas kecoh, Altantuya dibawa pergi dengan kereta peronda polis tanpa paksaan, tetapi sukareka masuk ke dalam kereta peronda polis.


Polis itu membuat satu panggilan telefon, tapi tak tahu kepada siapa.


Polis itu memberitahu Balasubmaniam bahawa Altantuya akan dibawa pergi.


Selepas Altantuya bertanya, Balasubmaniam memberitahu dua lelaki itu ialah saudara Abdul Razak (sepatutnya polis). Kemudian beritahu polis akan tangkap dia.


Dia sendiri pergi ke kereta Proton Wira dan duduk di bahagian belakang. Wanita di depan kereta itu beralih tempat ke belakang. Lelaki di belakang beralih tempat ke depan kereta.


Abdul Razak berkata 'ok' apabila Balasubramaniam memaklumkan melalui telefon bahawa Altantuya dibawa oleh polis.


Pemandu teksi berang kerana Altantuya tidak bayar RM150.00 seperti dijanjikan. Polis yang menaiki Wira hanya membayar RM50.00 dan 100.00 lagi mintalah daripada Balasubramaniam. Esoknya baki tambang itu dibayar oleh Subramaniam.


Abdul Razak tahu kehadiran Altantuya di hadapan rumahnya malam itu dan minta Balasubramaniam 'melayan' sehingga 'orang-orangnya' sampai.


'Orang-orangnya' itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Altantuya dibawa dengan Proton Wira merah oleh dua anggota polis itu.
20 Oktober 2006 jam 2.00 - 3.00 petang Balasubramaniam menemui Abdul Razak di pejabatnya bagi menuntut baki bayaran perkhidmatan RM2000.00 lagi.

Balasubramaniam tanya Abdul Razak di mana Altantuya ditahan tapi dia tanya balik soalan yang sama dan meneka di mana Altantuya ditahan. Balasubramaniam meneka Altantuya mungkin ditahan di Balai Polis Travers atau penjara Cawangan Khas di Jalan Ipoh.


20 Oktober 2006 jam 11 malam Ang Chong Beng, Uuriintuya Gal Ochir dan Namiiraa Gerelmaa datang ke rumah Abdul Razak di Damansara dan menjerit-jerit "Altantuya dikurung dalam rumah, bebaskan Altantuya".

Kemudian seorang inspektor polis telah datang setelah Ang menelefon polis dan melaporkan misteri kehilangan Altantuya.


21 atau 22 Oktober 2006 : Abdul Razak menghubungi Balasubramaniam untuk membuat laporan polis di Balai Polis Brickfield.

Abdul Razak tidak pernah mengupah Balasubramaniam untuk membunuh atau mencederakan Altantuya. Tetapi suruh 'tunggu' sehingga Altantuya kehabisan wang dan dengan sendiri balik ke Mongolia.


Malahan Abdul Razak tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku kepada Altantuya.


Abdul Razak ada memberitahu Balasubramaniam bahawa Abdul Razak akan ke Hong Kong 24 Oktober 2006 iaitu Hari Raya Aidil Fitri pertama, anaknya Roweena Abdul Razak dan isterinya Mazlinda Makhzan akan ke London pada 25 Oktober 2006, hari raya kedua.


Lantaran itu Abdul Razak merasakan laporan polis tidak perlu kerana akan mengganggu tugasnya itu.


Perkhidmatan Balasumbramaniam ditamatkan secara tiba-tiba oleh Abdul Razak kerana Suras Kumar (pembantu Balasubramaniam) terlalu rapat dengan Altantuya dan dua rakannya.


Abdul Razak memberitahu Balasubramaniam nombor bilik Hotel Malaya tempat Altantuya menginap.


1 November 2006 : Balasubramaniam dipanggil oleh ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk sesi kawat cam dan diberitahu tentang pembunuhan Altantuya.

Selepas itu Balasubramaniam memaklumkan kepada Abdul Razak bahawa Altantuya telah dibunuh. Padahal tugasnya telah ditamatkan pada 26 Oktober 2006. Abdul Razak menghantar ugutan sms ( forward) daripada Amy .(saudara Altantuya)


Antara 26 Oktober 2006 hingga 7 November 2006: Balasubramaniam menelefon Abdul Razak beberapa kali berhubung Altantuya tetapi Abdul Razak menyatakan dia sendiri tidak tahu.

Balasubramaniam telah direman (ditahan) dua kali (3 hari dan 7 hari) oleh Mahkamah Majistret bagi membantu suasatan.




Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota  polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.


"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.


Beliau bagaimanapun menyatakan seorang dari tiga tertuduh itu, iaitu penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.  


Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.


Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.


“Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu," kata Hakim Mohd Zaki.


“Saya bermula dengan bertanya kenapa tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) berada di Hotel Malaya (di mana Altantuya serta sepupu dan rakannya menginap) pada 18 Okt, 2006. (Rakaman litar tertutup menunjukkan) mereka berada di tingkat 8, iaitu tingkat yang sama di mana si mati menginap."



Jalan Pulang 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.