Followers

Friday, March 9, 2012

7 Panggilan Misteri Malam Altantuya Dibunuh - Posted by tukanglawan


 
altantuya razak baginda murder 110707 razak handphoneBeberapa panggilan telefon dikenalpasti dibuat antara penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan tertuduh pertama, Ketua Inspektor Azilah Hadri, pada malam warga Mongolia ltantuya Shaariibuu dibunuh.

Ini termasuk satu panggilan yang dibuat sejurus sebelum pembunuhan itu.

Dalam kertas pertuduhan itu, tercatat masanya sebagai antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi, keesokan harinya.

Dalam kes ini, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Azilah menelefon Abdul Razak sekutu rapat dan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika itu, pada jam 9.41 malam 19 Oktober  2006, dan perbualan telefon itu berlangsung selama 40 saat.

Panggilan itu dirakamkan oleh syarikat pengendali telefon dan dikatakan dibuat sekitar pondok tol di Jalan Duta. Pada hari berikutnya, sekitar jam 10.41 pagi, Azilah sekali lagi berhubungan dengan Abdul Razak selama 32 saat.

Buka puasa

altantuya razak baginda mongolian murder 250607 shameAzilah dan Sirul - kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Timbalan Perdana Menteri - bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan yang sedang dibersihkan di Shah Alam enam tahun lalu.

Bagaimanapun, bentuk perbualan antara Abdul Razak dan Azilah tidak diketahui.

Azilah dan Sirul membawa Altantuya dari luar rumah Abdul Razak di Damansara Heights pada malam 19 Oktober, selepas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang ketika itu berkhidmat dengan penganalisis politik itu, menyerahkannya kepada mereka.

Abdul Razak dan keluarganya tidak berada di rumah kerana keluar untuk berbuka puasa (ketika itu bulan Ramadan).

Azilah dan Sirul – didapati bersalah atas tuduhan bersama melakukan pembunuhan ke atas wanita Mongolia itu di sebuah kawasan hutan berdekatan Puncak Alam, Shah Alam, enam tahun lalu.

altantuya razak baginda crime scene 180707 judge concernTertuduh pertama Azilah dalam keterangan bersumpah pembelaannya berkata beliau tidak berada di  tempat kejadian pembunuhan itu dan ada bersama dengan tunangnya Norazilah Baharuddin di Wangsa Maju.

Rekod panggilan itu adalah antara bahan bukti yang dilampirkan bersama dalam penghakiman 70 mukasurat, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin (kiri, bertali leher), yang baru dikeluarkan selepas membuat keputusan perbicaraan tersebut dua tahun lalu.
Panggilan seminit

Selain dari penyataan di atas, terdapat enam lagi panggilan lain yang dibuat antara kedua-dua mereka pada malam tersebut bermula dari jam 7.57 malam, kemudian 8.36 malam, 8.41 malam, 8.54 malam, 8.55 malam, 9.08 malam dan akhir sekali pada jam 9.41 malam.

Panggilan paling lama yang dibuat oleh Abdul Razak kepada Azilah adalah selama satu minit.

Log pemanggilan telefon itu digunakan untuk menunjukkan di mana Azilah, Sirul dan Abdul Razak berada di mana dua anggota polis tersebut dikatakan berada di kawasan berhampiran tempat kejadian bunuh itu.

Hakim Mohd Zaki mengambilkira rekod panggilan berkenaan walaupun ditentang oleh pasukan pembelaan ketiga-tiga tertuduh kerana mereka mendakwa, ia bukan asli, boleh diubah atau ada kemungkinan ada elemen campurtangan untuk diubah.

altantuya razak baginda mongolian murder 190607 arrival“Maka oleh kerana ketiadaan saksi yang dipanggil untuk mencanggah bukti tersebut, maka saya membuat keputusan menerima pembuktian tersebut secara zahir (on the face of it).

"Keempat-empat  saksi (dari syarikat operasi telefon) telah memberi keterangan mengenai hasil, pengeluaran, aturan dan pengesahan data tersebut yang diambil dari pangkalan sistem data mereka,” kata hakim Mohd Zaki.

Rekod panggilan tersebut sebanyak enam mukasurat menunjukkan panggilan telefon yang dibuat antara ketiga-tiga tertuduh.

Persoalan yang tidak dijawab

Adalah difahamkan penghakiman kes pembunuhan ini tidak diberikan kepada peguam yang terlibat dalam perbicaraan tetapi dimasukkan terus dalam jurnal undang-undang Current Law Journal 2012 1 CLJ.

altantuya razak baginda mongolian murder 270607 mongol familyPenghakiman itu juga menyentuh mengenai nota yang ditulis oleh Abdul Razak yang dijumpai dalam beg Azilah yang mengandungi alamat lengkap  penganalisis politik itu, dan nama ayah beliau Abdullah Malim Baginda.

Maka kata Hakim Mohd Zaki, keputusannya  “adalah konsisten dengan perlakuan seseorang yang tidak bersalah” dalam meminta bantuan Azilah bagi polis menjaga kediaman dan melakukan rondaan di rumah tersebut di Damansara Heights oleh kerana ugutan oleh Altantuya yang merupakan bekas teman wanita penganalisis politik itu.

Bagaimanapun, isu ugutan yang dilakukan oleh Abdul Razak melalui penyiasat persendirian Balasubramaniam (bawah, kiri) dan pembantunya K Suras Kumar apabila mereka masuk ke bilik hotel Altantuya di Hotel Malaya, tidak diberi perhatian dalam penghakiman tersebut.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder case 040708 01
Begitu juga dengan dakwaan bahawa rekod perjalanan Altantuya ke Malaysia dikatakan dipadamkam tidak dinyatakan dalam penghakiman ini.

Tiada motif dijumpai dalam kejadian pembunuhan kejam ini dan hakim berkata, motif tidak relevan atau penting.

Azilah dan Sirul Azhar telah memfailkan rayuan terhadap hukuman ke atas mereka dan esok Mahkamah Rayuan akan menetapkan tarikh untuk mendengarnya.
 
Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman bunuh itu telah berlanjutan lebih dari dua tahun sementara menunggu penghakiman bertulis siap.
 

~MalaysiaKini~

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.