Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan
pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung
pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada
pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor
Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah
hotel di sini, hari ini.
"Ini adalah satu petanda pilihan raya
(umum ke-13) sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang
di-Pertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei
depan," katanya.
Sambil mengesahkan bahawa beliau akan terus
bertanding di Pulau Pinang, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang
berkata, DAP akan terus bekerja keras mempertahan semua kerusi yang
telah dimenangi.
Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar
Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan
dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan Persekutuan bertindak
membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum
ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.
PR yang dianggotai
PKR-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan
selepas memenangi pilihan raya umum 2008. Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.