JINGGA 13 DESAK SPRM SIASAT DAN ROSMAH MANSOR DICABAR SAMAN AUSTRALIA SYDNEY MORNING HERALD , ANDREW HORNEY DAN CARL CAAP KERANA FITNAH
JINGGA 13 mendesak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah
wang yang digunakan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor , isteri
Perdana Menteri Malaysia perolehi sehingga mampu berbelanja mewah
seperti di laporkan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar
Australia Sydney Morning Herald, di mana kolumnis Andrew Horney memetik
kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah Mansor yang
dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di
Sydney.
Bukan
sahaja berbelanja mewah, dilaporkan juga Rosmah Mansor menginap di
hotel bersama suaminya Datuk Seri Najib Razak berharga RM65,100 semalam
di Hotel Darling , Sydney , namun tidak dilaporkan berapa malamkan
mereka menginap di sana. Termasuk perkhidmatan lain seperti parkir khas
untuk limosin beliau.
JINGGA 13 amat
hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM
terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat berpoya-poya
isteri Perdana Menteri Malaysia yang berbelanja mewah yang amat
melampau. Adakah SPRM hanya khusus untuk menyiasat dan mendakwa rakyat
biasa dan terlalu dayus untuk menyiasat isteri Perdana Menteri dan
pimpinan UMNO?
Di
saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang
makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah
dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri
membeli belah ratusan ribu RM. Dari manakah wang yang diperolehi oleh
beliau untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'? Jika ada pihak yang sponsor segala perbelanjaan mewah tersebut , siapakah?
JINGGA 13 meminta
seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit
mempersoalkan dari manakah wang yang Rosmah Mansor perolehi sehingga
berbelanja mewah yang mungkin sudah puluhan juta RM daripada keseluruhan
melibatkan barang kemas, pakaian,beg tangan birkin dan sebagainya
termasuk perbelanjaan pengangkutan dan penginapan.
SPRM
harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard.
JINGGA 13 benar-benar hairan dengan tindakan menikus SPRM terhadap
kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh Rosmah Mansor yang mampu yang
dilihat melampau dan keterlaluan.
JINGGA 13 MENCABAR Rosmah
Mansor untuk menyaman akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis
Andrew Horney dan pereka fesyen, Carl Kapp jika ianya adalah satu
fitnah dan karut . First Lady Of Shopping wajar mengambil tindakan
undang-undang terhadap semua yang terlibat memfitnah beliau dengan
laporan yang tidak benar dan fitnah.
Sesiapa
pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah
merupakan berita karut , liar dan tidak benar. Sedangkan tiada sebarang
tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan yang dibuat .
Adalah memalukan dengan perlakuan boros dan berpoya-poya Rosmah Mansor
yang merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia menjadi bualan dan
dilaporkan di beberapa negara serta yang tidak pernah dilakukan oleh
isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia yang lalu.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.