IPOH
– Penyertaan dua orang muda Melayu dalam DAP menangkis dakwaan Umno
yang meletakkan parti itu sebagai perkauman dan komunis serta sengaja
memberi laluan mudah kepada wakil parti untuk menjadi Menteri Besar.
Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata, pihaknya masih
memberi sokongan penuh kepada mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir
Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat
memenangi pilihan raya umum kali ini.
Menurutnya, penglibatan golongan muda itu membuktikan DAP merupakan
parti pelbagai bangsa yang masih bertunjangkan kepada kesetiaan agama,
bangsa dan Raja-Raja Melayu.
“DAP tidak mengamalkan diskriminasi terhadap Melayu seperti yang
didakwa oleh Umno dan pandangan orang muda dengan memilih DAP sebagai
parti yang sedia membela rakyat adalah bertepatan.
“Mohammad Nizar tetap menjadi Menteri Besar setelah beliau berjaya
membuktikan kredibilitinya dalam memimpin dan efektif mengendalikan
pentadbiran negeri serta menyatukan perpaduan bangsa,” katanya dalam
sidang media di Wisma DAP di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengusaha Komoditi, Fairuz Azhan Amiruddin, 26, dan
peguam Dyana Sofya Mohd Daud, 25, sepakat menyertai DAP Negeri setelah
melihat kekuatan ideologi dan kejayaan Kerajaan DAP Pulau Pinang
mengurangkan kadar kemiskinan tegar.
Fairuz Azhan berkata, DAP sudah lama mengamalkan ideologi demokrasi
sosial dengan terus memberi perkhidmatan dan membela rakyat tanpa
mengira kaum dan agama.
“Hanya propaganda Umno menyebabkan rakyat meletakkan DAP sebagai
sebuah parti diskriminasi bangsa. Kejayaan Pulau Pinang berjaya
mengatasi kemiskinan tegar menjadi contoh terbaik kepada Kerajaan
Persekutuan,” katanya.
Bagi Dyana Sofya, visi DAP yang menawar kesaksamaan, kerajaan
demokrasi dan memerintah berteraskan undang-undang serta menentang
rasuah menariknya menyertai parti itu.
“DAP menggambarkan Malaysia yang saya inginkan.
Penyertaan saya
menunjukkan DAP adalah terbuka kepada semua bangsa. Melihat kejayaan
Kerajaan Pulau Pinang, saya berharap ia boleh direalisasikan di
peringkat persekutuan menerusi Pakatan Rakyat,” katanya.
PASPB
Asalamualaikum...
ReplyDeleteMohon saudara link kan blog http://inderasipejuang.blogspot.com/ demi memeriahkan perang alam maya mencari kebenaran... terima kasih
Terima kasih Saudara Mat Indera Sipejuang, akan saya lakukan sekarang juga, dan jangan lupa senaraikan juga blog saya kedalam blog saudara.
ReplyDeleteSalam pejuangan dari saya.