Mungkin
Ha Najib Razak bercakap benar apabila beliau mengatakan dia tidak tahu
menahu mengenai video lucah terbaru membabitkan Anwar Ibrahim yang
didedahkan oleh Shuib Lazim. Sebenarnya tidak ada guna sedikitpun untuk
Najib menyaksikan video berkenaan apa lagi kalau untuk merangsangkan
sex.
Najib atau sesiapa saja boleh melihat video lain yang lebih daring dan menyegarkan engin batin.
Video
sex membabitkan Anwar sudah tawar lembar, sudah tidak ada apa-apa yang
menggeurkan lagi. Apa lagi kalau yang melakukan itu hanya watak tempelan
atau jadi-jadian seperti mana kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari
Abdul bahawa watak Anwar itu hanya tiruan saja. Selama ini mereka yang
terngangga menyaksikan video lucah Anwar itu rupa-rupanya menyaksi
barang palsu.
Melihat
sesuatu yang palsu apa lagi video lucah mendatangkan dua kebodohan.
Pertama, kerana melihat benda palsu, kedua, melihat perkara yang
mengundangkan dosa. Mungkin di dalam Neraka besok sebahagian penghuninya
dari Malaysia ialah mereka yang menonton video lucah!
Kalau
benar Najib tidak tahu menahu mengenai video itu bolehkah dianggap ada
sesuatu perancangan untuk menjatuhkan Najib dengan penyebaran video
berkenaan. Kerana dalam apa juga keadaan dan masa setiap apa juga isu
yang dibangkitkan untuk memburukkan Anwar dan Pakatan Rakyat ia akan
dikaitkan dengan Najib.
Logiknya semua itu dilakukan demi mengekalkan UBN berkuasa dan Najib kekal sebagai PM. Begitukah?
Hendak
tidak hendak ia membabitkan Najib juga. Najib pula pasti kena menyokong
sesuatu yang boleh memberi guna dan manfaat kepadanya. Adalah bodoh
bagi Najib menolak kelabaan percuma.
Persoalannya
kini apakah penyebaran video porno itu menguntungkan Najib? Sejauh
manakah rakyat termakan dengan video berkenaan untuk menolak Anwar dan
boleh menjamin kemenangan Najib? Melihat kepada perkembangan semasa
sambutan rakyat kepada ceramah-ceramah Anwar semakin menggalakkan.
Pembebasan beliau dari pertuduhan liwat melonjakkan sokongan.
Justeru
Najib perlu membuat kajian terperinci di dalam hal ini, menilai buruk
dan baik dan sejauh mana untungnya dengan penyebaran video lucah itu.
Jangan pula mengharap untung secukup rugi segantang. Najib sendiri dan
penasihat politiknya harus sedar yang rakyat sudah menyampah dan
terjeluak dengan penyuebaran video lucah dan pertuduhan liwat ke Anwar.
Kalau
ia tidak untung dan Najib sendiri tidak mengetahui, jauh sekali
merestui, maka jelas penyebaran video lucah membabitkan Anwar untuk
memburukkan Najib itu adalah strategi halus yang diaturkan demikian
untuk memburukkan Najib. Video itu hendak menghina Najib sebagai PM
berbangsa Melayu dan beragama Islam. Mungkin tujuannya bagi
memperlihatkan akan kekotoran dan kenajisan Najib dalam politik?
Kalau
telahan ini benar, bermakna sudah ada jarum-jarum halus hendak
menyingkrikan Najib menerusi penyebaran video lucah itu. Ia sengaja
dibuat bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa Najib bermain cemar dalam
politik dan seorang yang tidak bermoral. Dalam hal ini orang yang
dilihat tidak bermoral bukan saja Anwar tetapi Najib juga. Najib
tergamak menyebarkan video lucah hanya kerana mengejar kekuasaan dunia.
Apakah begitu?
Kemungkinan
itu tidak mudah untuk ditolak. Sebab ada riak risik dari dalam Umno
sudah berbunyi Najib perlu dikerjakan. Saya cukup percaya dan yakin
tindakan Shuib Lazim itu ada kena mengena dengan arahan seseorang. Ada
sutradara kecil yang mengarahkan agar kisah video lucah itu dicipta dan
dimainkan. Orang berkenaan yang menjadi dalang sangat percaya isu sex
akan membakar Anwar walaupun dia sudah sedar untuk membakar Anwar persis
mahu membakar besi waja.
Namun
kerana itulah usaha dan senjata yang ada maka sukar atau mudah ia
terpaksa gunakan. Di sini ia adalah serampang dua mata, kalau video sex
itu tidak membakar Anwar ia boleh menghanguskan Najib. Bagi si dalang
yang menggerak filem lucah itu mereka akan makan kiri kanan - Najib atau
Anwar. Anwar adalah musuh semulajadi, manakala Najib ada musuh baru.
Makanya
kemungkinan ini Najib perlu menilai sebaik mungkin dan sebijak yang
mampu. Permainan Shubai Lazim dan gengnya ini saya tampak bukan
saja-saja untuk menyusahkan Anwar seorang tetapi menyusahkan orang lain
juga. Ia bukan satu hala sahaja tetapi dua hala.
Najib
perlu liar dan cekap membaca riak dalam lautan besar kerana kalau silap
membaca ia boleh menenggelamkan dirinya sendiri. Elok kalau Najib
berhati dan bertindak penyebaran video tidak bermoral itu sebelum
memusnahkan dirinya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.