Pengadu dalam kes fitnah liwat II, Saiful Bukhari Azlan nampaknya kena
banyak banyak bersabar! Ini kerana rayuan yang dikemukakan melalui
pejabat Peguam Negara hanya akan dipertimbangkan selepas
sekurang-kurangnya tiga bulan dari tarikh rayuan dikemukakan.
Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dituduh oleh Saiful juga perlu menunggu
sehingga tempoh yang sama kerana mengikut Akta Penghakiman Mahkamah.
Pihak yang memfailkan rayuan bersabit sesuatu
keputusan yang dijatuhkan perlu menunggu transkrip penghakiman bertulis
terlebih dahulu.
Prosedur biasa membenarkan hakim yang membuat keputusan diberikan tempoh sehingga lapan minggu untuk menyiapkan alasan penghakiman sebelum diserahkan kepada pihak yang terlibat (pendakwaraya dan pasukan peguambela).
Dalam kes Anwar, pendakwaraya perlu menunggu ulasan penghakiman bertulis sebelum membuat keputusan sama ada memfailkan petisyen rayuan.
Jika pihak pendakwaan merasakan bahawa selepas mendapat keputusan tersebut, ada asas-asas yang kukuh untuk mencabar atau melihat keputusan penghakiman boleh dirayu, maka mereka akan mengemukakan rayuan rasmi, jika tidak ia terhenti di situ saja.
Menurut ketua peguam Anwar yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, Peguam Negara mempunyai hak prerogatif untuk mengemukakan rayuan.
Ini prosedur biasa kerana Karpal juga pernah menasihatkan pelanggannya supaya tidak membuat rayuan selepas memperolehi alasan penghakiman secara bertulis.
Penjelasan Karpal dibuat selepas bertemu dengan setiausaha hakim yang membacakan keputusan bersejarah pada 9 Januari lalu, Zabidin Mohd Diah, mengenai perkembangan penghakiman bertulis sama ada sudah siap atau sebaliknya.
Zabidin yang bercuti selepas membacakan keputusan mahkamah bahawa Anwar tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat belum dapat ditemui untuk mendapatkan komen lanjut kerana mempunyai urusan mustahak sambil meminta apa-apa perkembangan mengenai nota penghakiman tersebut supaya merujuk kepada setiausahanya.
Ini bermakna, Saiful sekali lagi terperangkap dalam prosedur mahkamah kerana kununnya tindakan memfailkan rayuan di saat-saat akhir pada Jumaat lalu mampu mengheret kembali Anwar ke mahkamah secepat mungkin.
Satu lagi karma untuk Saiful berjaya dibayar secara "tunai" kerana fitnah yang tak pernah berkesudahan!

~jalanpulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.