Kontroversi
Perbadanan Fidlot Nasional didakwa berpunca daripada dendam seorang
pegawai yang dibuang kerja atas dakwaan pecah amanah dan kemudiannya
menjual maklumat berkaitan kepada pembangkang.
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pengerusi Nasional Feedlot Corporation Datuk Mohamad Salleh Ismail dalam perbincangan selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
"Bila dia kena pecat, dah buat laporan polis, dah jadi kes CBT (pecah amanah), dia tak puas hati dia balas dendam. Balasannya, memang dia ada akses kepada pendrive, jadi dia jual maklumat," katanya.
Tanpa mendedahkan eksekutif pemasaran itu, Ibrahim berkata beliau difahamkan, laporan polis sudah dibuat terhadap pegawai yang didakwa terlibat pecah amanah RM2.7 juta, yang dikatakan diperoleh daripada jualan bekalan daging kepada pasar raya.
Jumlah itu, menurut Ibrahim lagi, berjaya diperoleh kerana kutipan jualannya sehari mencecah RM150,000 dalam bentuk tunai.
Kebocoran maklumat syarikat itu sebelum ini pernah dimaklumkan dalam taklimat Mohamad Salleh kepada beberapa media terpilih di Gemas, Negeri Sembilan,
PERKASA bagaimanapun berkata, maklumat dalam pendrive itu tidak terperinci dan hanya memberikan gambaran sehala tentang sesuatu itu.
"Mungkin nyatakan jumlah (bayaran) saja, bayar untuk apa sekian-sekian tetapi tidak cerita apa dan untuk apa," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas taklmat berkenaan, Ibrahim turut menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap isu itu supaya perkara sebenarnya dalam disingkap.
"Saya tegaskan kita serah pada SPRM dan pihak polis menyiasat. Hasil terakhir, itulah pendirian kita. Kita percaya kepada integriti badan ini," katanya lagi.
PERKASA dan 11 lagi NGO Melayu hari ini mengadakan sesi dialog dengan Mohamad Salleh, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

mk
Allahswt maha bijaksana lagi maha berkuasa atas tiap2 sesuatu semua perkara yg berlaku atas kehendakNya apabila Ia kehendaki sesuatu itu berlaku maka ia akan berlaku tidak ada siapa yg dapat menghalangNya begitu jugalah dengan maklumat fidlot walau pun ada pehak cuba menutup kes ini supaya tidak diketahui oleh pehak awam tetapi ianya tidak dapat menghalang kehendak Allahswt untok membocorkan kes ini kepada pehak awam sepatutnya mereka yg terlibat patut ambil iktibar dan muhasabah diri serta muhun keampunan Allahswt dari segala dosa yg telah mereka lakukan terhadap rakyat seluruhnya .
ReplyDelete