Jika Jamil Khir didakwa gunakan gunakan wang zakat sebanyak RM63,650.00 untuk kos guaman ke atas kes Qazaf membabit Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun,
apa yang berlaku di sini sesungguhnya lebih mengejutkan umat Islam dan
rakyat Pahang sebenarnya. Ini kerana, daripada sumber-sumber yang boleh
dipercayai mengatakan MUIP dipercayai mahu menggunakan wang zakat mencecah puluhan juta ringgit semata-mata mahu mengambil alih pengurusan (membeli) hotel MS Garden Kuantan (foto) .
Difahamkan, pihak berkenaan telah pun membuat bayaran pendahuluan terhadap hotel terbabit sebanyak RM5 juta dan bakinya akan diambil melalui wang zakat. Apa yang lebih mengejutkan ialah urusan yang berkaitan telah dibuat secara "mengelirukan" hingga menyebabkan ramai pihak kini berada dalam dilema sebenarnya. Ini kerana urusan yang berkaitan dikatakan "memanipulasi"
nama pihak istana demi kepentingan beberapa kerat individu di agensi
terbabit sebenarnya.
Justeru itu, ramai yng terkejut dengan isu ini
kerana jika benar dakwaan MUIP mahu menggunakan wang zakat untuk
mengambilalih pengurusan sebuah hotel maka ia jelas sekali "lari" daripada matlamat asal zakat itu sendiri. Malah, ia juga tersasar daripada misi MUIP iaitu
"Memperkasakan Ummah Melalui Peningkatan Taqwa, Pembentukan Akhlak Yang
Terpuji, Pengurusan Sosio-Ekonomi Yang Mampan, Dakwah Yang Berkesan,
Pembudayaan Ilmu, Pemartabatan Adat Resam Melayu dan Perundangan Yang
Berlandaskan Syariat". Justeru itu, seluruh umat Islam di Pahang
digesa bertindak untuk memastikan urusan ini tidak berlaku.
Amatlah
malang sekali, dikala begitu ramai asnaf (mereka yang layak) menerima
wang zakat masih memerlukannya tiba-tiba wang tersebut digunakan bagi
tujuan perniagaan (komersial). Maka itu, Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob digesa bertindak untuk menghalang urusan tersebut.
[Kami
akan melaporkan perkembangan terkini isu ini dalam masa terdekat
selepas siasatan rapi berkaitan siapakah "orang dalam" yang terlibat
dengan urusan yang berkenaan.
Sebelum ini, PDO juga telah membongkarkan
kes khalwat melibatkan bekas Setiausaha MUIP sehingga diambil tindakan
oleh Yang DiPertua MUIP sendiri iaitu KeBawah Duli Yang Teramat Mulia,
Tengku Mahkota Pahang. Difahamkan pegawai terbabit telah ditukarkan ke
Jerantut dan kes beliau masih dibicarakan hingga ke hari ini. Oleh itu,
kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama dan gambar beberapa
individu yang dipercayai memainkan peranan dalam pelaburan yang cukup
"memalukan" ini.
Apa yang lebih menyedihkan, kini urusan zakat
difahamkan diuruskan terus oleh MUIP dan Pusat Kutipan Zakat hanya
sekadar menjadi "pengutip wang zakat" semata-mata, sedangkan mereka
tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengagihkan wang tersebut kepada
pihak yang memerlukan. Jika benar dakwaan ini, maka ia merupakan satu
episod malang dalam sejarah zakat di Pahang.
Apakah cerita lembu Fidlot
yang melibatkan Shahrizat Jalil akan berlaku pula di negeri ini.
Tindakan guna wang ke jalan yang tidak sepatutnya amatlah mengecewakan
umat Islam. Semoga isu ini dapat dipantau dengan sebaik mungkin demi
"masa depan Islam" hendaknya].
Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.