"Mantan
perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemasukan bekas ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ke dalam Umno mungkin
menjadi landasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali
kepangkuan parti itu.
"Dalam politik segalanya mungkin. Apa yang tidak disangka terjadi, boleh terjadi.
"Anwar sedar untuk menjadi perdana menteri ia memerlukan sokongan dari Umno.
"Anwar mahu masuk Umno kerana beliau mahu menjadi perdana menteri," katanya ketika menyampai ucaptama dalam majlis suntikan semangat satria di Petaling Jaya hari ini.
Panelis di majlis tersebut ialah exco Pemuda Umno, Datuk Sazmi Miah dan bekas pengerusi kelab penyokong kerajaan di Parlimen, Datuk Ruhani Ahmad.
Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, Umno perlu berhati-hati dengan kemasukan Ezam, terutama pada waktu sekarang.
Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang media kemudiannya, mantan presiden Umno itu dengan sinis berkata, Umno terdesak untuk mendapatkan sokongan dari rakyat.
Rela dipecat"Dalam politik segalanya mungkin. Apa yang tidak disangka terjadi, boleh terjadi.
"Anwar sedar untuk menjadi perdana menteri ia memerlukan sokongan dari Umno.
"Anwar mahu masuk Umno kerana beliau mahu menjadi perdana menteri," katanya ketika menyampai ucaptama dalam majlis suntikan semangat satria di Petaling Jaya hari ini.
Panelis di majlis tersebut ialah exco Pemuda Umno, Datuk Sazmi Miah dan bekas pengerusi kelab penyokong kerajaan di Parlimen, Datuk Ruhani Ahmad.
Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, Umno perlu berhati-hati dengan kemasukan Ezam, terutama pada waktu sekarang.
Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang media kemudiannya, mantan presiden Umno itu dengan sinis berkata, Umno terdesak untuk mendapatkan sokongan dari rakyat.
"Ambillah (pengerusi DAP) Karpal Singh, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan menteri besar Perak sebagai ahli. Karpal Singh terutamanya boleh jadi ahli bersekutu," tambahnya.
Dr Mahathir juga berkata, beliau rela dipecat dari jawatan penasihat beberapa agensi kerajaan
"Tetapi kalau dia suruh berhenti saya berhenti tetapi suka jika ditendang," katanya.
Dr Mahathir menjadi penasihat kepada Petronas, Proton dan Lembaga Pembangunan Langkawi dan Tioman.
"Saya tidak bergantung kepada itu. Saya lebih suka mereka tendang," katanya lagi.
Ketika diminta mengulas tindakan kerajaan menasihatkan anaknya, Datuk Mokhzani supaya melepaskan jawatan pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dr Mahathir berkata, beliau tidak mahu mengulas.
Jika mahu pecat, pecatlah. Jika mahu berhenti, berhentilah," katanya lagi.
Mantan perdana menteri sekali lagi menegaskan, beberapa pemimpin boleh menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri dan presiden Umno.
"Kita tidak boleh beri kepada satu orang kerana bila dia seleweng kita tidak boleh tukar," katanya.
"Pemimpin yang terlalu berkuasa dia membelakangkan benda-benda ini sehingga ada tingkat empat," katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, sebab itu beliau menyokong cadangan mewujudkan cadangan majlis penasihat kepada perdana menetri.
Katanya, Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kabinet sudah tidak berkesan lagi untuk memberi nasihat kepada perdana menteri.
Dr Mahathir juga menegaskan beliau tidak menubuhkan parti lain setelah keluar dari Umno 19 Meli lalu.
"Ini kali kedua saya jadi mantan ahli Umno. Masa dipecat dahulu saya pernah naik ke pentas PAS tetapi saya bercakap mengenai Umno.
"Kalau orang tak mahu dengar ucapan saya tak apalah, cukuplah 22 tahun saya menjadi perdana menteri.
"Kita nak buat pertandingan, siapa yang menjadi perdana menteri paling lama dan perdana menteri yang paling singkat," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.
PANAS !! Anwar akan kembali UMNO melalui Ezam? - Oleh: sangkancil.. Salah ayat tuu.. sebenarnya begini " Anwar akan masuk penjara melalui Fitnah"
ReplyDeletetanda akhir zaman. Saksi yg dusta di tampilkan,saksi yang benar disembunyikan.peringatan ini, telah diungkap 1432Tahun dulu..fikir-fikir lah.
ReplyDeleteBuat apa masuk UMNO Tun oooiii. Bukankah Tun dah cakap UMNO dah busuk sampai ususnya. Siapa nak duduk dalam bangkai berulat. Kalau dah mandul minda tu duduk ajelah dimasjid. Lebihkan ibadat... subsidi umur pun bukan ada banyak lagi. Bila-bila masa aje kita akan mati.
ReplyDeleteAku pun hairan, apa lagi yang tak cukup dengan Mamakdey ni, masih jugak nak ikut campur dalam urusan negara...selagi anaknya belum di 'lineup' kan sebagai PM, dia akan terus menyalak macam orang gila...sudah sudah lah tu, betul apa yang dikomenkan oleh Uncle Taiko...takda siapa buloq nak masuk UMNO yang penuh dengan rasuah dan maksiat....
ReplyDelete