KUALA LUMPUR- Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai sudah tidak relevan dalam politik negara.
Ibrahim mendakwa rakyat negara ini juga sudah letih dengan segala
permainan politik Anwar dan yang terbaru mengenai komitmennya untuk
mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal
(WSJ) baru-baru ini.
"Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya lupakan Anwar, sudah
sampai masanya untuk kita lupakan Anwar dan kita perlu mengorak langkah
ke hadapan demi masa depan kita. Golongan media juga tak payahlah nak
excited dengan dia ni.
"Saya sebagai kawan Anwar sudah menganggap yang 'politically' Anwar
sudah mati, Anwar sudah tidak relevan kerana banyak sebab," katanya
kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran
Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, Ahad.
Ibrahim berkata kenyataan Anwar mengenai Israel itu jelas menunjukkan
bahawa pendirian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama
dengan dasar Amerika Syarikat.
"Kita terperanjatlah (dengan kenyataan Anwar itu), walaupun dia buat
penjelasan tapi kenyataan dia samalah dengan dasar Amerika Syarikat
iaitu mereka mahukan sebuah negara Palestin, pada masa yang sama mereka
mahu melindungi keselamatan Israel," katanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata tuduhan sesetengah pihak bahawa
Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang rasis telah terbukti tidak benar
dengan kehadiran ratusan warga Tionghoa dari sekitar Kuala Lumpur pada
majlis itu.
"Ini adalah kali pertama Perkasa menganjurkan Rumah Terbuka Tahun
Baru Cina sejak ditubuhkan tiga tahun
lepas khusus untuk meraikan warga
emas, wartawan dan jemputan kaum Tionghoa.
"Saya amat terperanjat dengan kehadiran yang di luar dugaan sama
sekali, kita tak menjangka seramai ini yang hadir sehingga makanan pun
tidak mencukupi dan terpaksa kita tambah, ang pau pun masih ada yang
belum dapat dan ini satu sambutan yang cukup luar biasa," katanya.
-BERNAMA
jangan syok sendiri la berahim kataki!!!!!!
ReplyDeleteSebenarnya Ibrahim Ali nie bodoh, dia tidak sedar yang dia diperalatkan oleh Mamakdey. Pemimpin2 UMNO sendiri tidak suka padanya, kerana sering mengeluarkan kenyataan yg berbau perkauman., tapi Mamakdey tetap menyokong beliau kerana senang diperalatkan.....kah kah kah kita tengok selepas PRU 13, siapa yang Politically Mati, Ibrahim atau Anwar !!
ReplyDeleteyang sebenarnya Ibrahim Ali yang sudah mati ..... mati katak ....
ReplyDelete